Langkau ke kandungan utama

Penggunaan analgesia untuk nyeri abdomen akut (APP) tidak menyembunyikan penemuan klinikal, dan juga tidak melambatkan diagnosis.

Penggunaan analgesia untuk APP tidak menyembunyikan penemuan klinikal, dan juga tidak melambatkan diagnosis.

Pakar bedah keberatan untuk menggunakan analgesik semasa proses diagnosis dan penilaian klinikal pesakit-pesakit dengan APP di mana terdapat kemungkinan keperluan untuk intervensi pembedahan. Secara umum, ditakuti analgesia boleh menyembunyikan penemuan klinikal dan juga melambatkan diagnosis. Beberapa laporan mencadangkan penggunaan analgesik opioid dalam kalangan pesakit dengan APP tidak dikaitkan dengan penyembunyian penemuan klinikal atau kelewatan diagnosis.

Oleh itu, persoalan ulasan ini ialah: Adakah bukti sedia ada menyokong penggunaan analgesik opioid dalam kalangan pesakit APP semasa proses diagnostik?

Tujuan ulasan ini adalah untuk menentukan sama ada bukti sedia ada terkini menyokong penggunaan analgesik opioid dalam kalangan pesakit dengan APP semasa proses diagnostik.

Kajian-kajian klinikal dilakukan, di mana penggunaan sebarang rejim analgesik dengan opioid dibandingkan dengan satu plasebo yang diberi semasa proses diagnosis sebelum membuat keputusan dalam kalangan pesakit dewasa dengan APP, tanpa ada batasan jantina. Dapatan yang penting ialah: perubahan tahap nyeri, perubahan tahap keselesaan pesakit, masa yang diperlukan untuk membuat diagnosis, masa yang diperlukan untuk pembedahan (dalam kes yang berkaitan), kadar membuat keputusan yang betul, kadar ralat rawatan yang diberi, tempoh tinggal di hospital dan morbiditi.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Haslina Haroon (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi haslina@usm.my

Petikan
Manterola C, Vial M, Moraga J, Astudillo P. Analgesia in patients with acute abdominal pain. Cochrane Database of Systematic Reviews 2022, Issue 3. Art. No.: CD005660. DOI: 10.1002/14651858.CD005660.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan