Langkau ke kandungan utama

Intervensi untuk disfungsi seksual selepas rawatan kanser

Latar belakang

Pada wanita disfungsi seksual adalah komplikasi yang mungkin bagi pelbagai jenis rawatan kanser.

Ulasan ini menilai keberkesanan rawatan (intervensi) dalam apa jua bentuk, contohnya ubat-ubatan atau senaman, untuk merawat disfungsi seksual pada wanita selepas rawatan kanser.

Ulasan in adalah kemas kini untuk terbitan pada tahun 2007 yang menilai keberkesanan intervensi untuk lelaki dan wanita. Kami memutuskan untuk membentangkan ulasan yang disemak ini berasingan untuk wanita kerana peningkatan dalam bilangan kajian. Satu lagi ulasan untuk lelaki sedang dijalankan.

Ciri-ciri kajian

Kami mengenal pasti 11 kajian baharu bagi intervesi untuk wanita pada September 2015. Kami tidak menyertakan satu kajian yang disertakan dalam versi ulasan yang terdahulu kerana ia menilai rawatan untuk mencegah disfungsi seksual dan tidak lagi berkaitan dengan ulasan ini. Intervensi berbeza dalam kandungannya dan cara penyelidik mengukur manfaat. Lapan daripada intervensi tersebut melibatkan sokongan psikologi seperti kaunseling mengenai perkara seksual, atau sokongan rakan sebaya. Satu daripada yang lain adalah krim testosteron, satu lagi menguji gel seimbang-pH vagina dan yang lain adalah senaman lantai pelvis. Penemuan daripada enam kajian adalah lemah kerana melibatkan jumlah wanita yang sedikit.

Keputusan utama

Merentasi kajian, kesan pada fungsi seksual adalah berbeza. Ini menyukarkan untuk membuat kesimpulan yang jelas. Sebagai contoh, pada mereka yang menilai rawatan sokongan psikologi, empat kajian mendapati peningkatan beberapa ukurun fungsi seksual tetapi tidak pada yang lain, tetapi lima mendapati bahawa ia tidak meningkatkan fungsi seksual mengikut mana-mana ukuran yang digunakan. Untuk intervensi lain yang diuji, hanya kajian untuk gel vagina didapati meningkatkan fungsi seksual dan tiada kesan sampingan dilaporkan. Hanya satu intervensi psikologi yang melaporkan tiada keburukan berlaku akibat intervensi tersebut. Kajian sokongan psikologi yang lain tidak menilai keburukan. Ini adalah jurang yang penting kerana sesetengah wanita mungkin berasa susah untuk membincangkan masalah seksual peribadi sebagai sebahagian daripada rawatan mereka.

Penilaian lanjut diperlukan untuk semua intervensi. Kajian semasa hanya meneliti keberkesanan pada wanita dengan kanser ginekologi dan payudara, tetapi terdapat risiko masalah seksual selepas rawatan untuk kanser lain. Penilaian baharu perlu melibatkan bilangan peserta yang lebih ramai.

Nota terjemahan

Diterjemah oleh Leong Siew Lian (Monash Universiti Malaysia). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Candy B, Chi Y, Graham-Wisener L, Jones L, King M, Lanceley A, Vickerstaff V, Tookman A. Interventions for sexual dysfunction following treatments for cancer in women. Cochrane Database of Systematic Reviews 2016, Issue 2. Art. No.: CD005540. DOI: 10.1002/14651858.CD005540.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan