Langkau ke kandungan utama

Vaksin gabungan DTP-HBV-HIB berbanding vaksin DTP-HBV dan HIB yang diberi secara berasingan kepada bayi-bayi yang sihat sehingga umur dua tahun

Vaksinasi kanak-kanak menyediakan kaedah yang berkesan untuk perlindungan terhadap penyakit. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan program imunisasi bayi rutin menyertakan vaksinasi terhadap Haemophilus influenzae (H. influenza) jenis B (HIB) dalam vaksinasi gabungan difteria-tetanus-pertusis (DTP)-virus hepatitis B (HBV). Kami membandingkan vaksin gabungan DTP-HBV-HIB dengan vaksin DTP-HBV dan HIB berasingan. Kajian-kajian hanya melaporkan keimunogenan dan tindak balas vaksin.

Kami memasukkan 20 kajian dengan 5874 peserta dalam analisis keimunogenan dan 5232 peserta dalam analisis tindak balas vaksin. Dalam dua respons imunologi, vaksin gabungan memberi respons yang kurang berbanding vaksin berasingan untuk HIB dan tetanus.Kami tidak mendapati sebarang perbezaan penting dalam keimunogenan untuk pertusis-difteria-polio dan hepatitis B. Peristiwa buruk yang serious adalah sama. Peristiwa buruk minor lebih lazim dengan vaksin gabungan. Secara keseluruhan, tahap bukti yang disediakan oleh kajian-kajian tersebut adalah rendah dan kami tidak boleh menyimpulkan bahawa respon imun dengan vaksin gabungan adalah setara dengan suntikan berasingan.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Teoh Ru Jian Jonathan (Penang Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi jonathanteoh_c2017@ms.pmc.edu.my

Petikan
Bar-On ES, Goldberg E, Hellmann S, Leibovici L. Combined DTP-HBV-HIB vaccine versus separately administered DTP-HBV and HIB vaccines for primary prevention of diphtheria, tetanus, pertussis, hepatitis B and Haemophilus influenzae B (HIB). Cochrane Database of Systematic Reviews 2022, Issue 3. Art. No.: CD005530. DOI: 10.1002/14651858.CD005530.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan