Langkau ke kandungan utama

Vaksin influenza untuk mencegah penyakit kardiovaskular

Jangkitan selesema mungkin menyebabkan penyakit kardiovaskular (cth: serangan jantung, strok) dan kematian berkaitan lebih kerap berlaku, dan vaksinasi selesema mungkin boleh mengurangkan risiko ini. Kami melibatkan kajian secara rawak yang membandingkan orang yang menerima vaksin selesema dengan orang yang tidak menerima vaksin (plasebo atau tiada rawatan). Untuk pengemaskinian ulasan ini, kami mendapati lapan ujian yang melibatkan 12,029 peserta. Empat daripada kajian-kajian ini memeriksa pesakit yang sudah diketahui mempunyai penyakit jantung (1682 peserta), dan empat kajian lain melibatkan populasi umum atau warga orang tua (10,347 peserta). Kajian populasi umum melaporkan kesan penyakit kardiovaskular sebagai sebahagian daripada analisis keselamatan mereka, tetapi bilangan kes adalah terlalu kurang untuk membolehkan suatu konklusi ke atas sama ada vaksin selesema dapat melindungi populasi ini, dan tiada perbezaan dapat dilihat antara dua kumpulan tersebut. Secara keseluruhannya, kajian dalam penghidap penyakit jantung mencadangkan bahawa vaksin selesema boleh mengurangkan kematian akibat penyakit kardiovaskular dan mengurangkan gabungan penyakit kardiovaskular (seperti serangan jantung, strok, keperluan untuk operasi pintasan, dll.). Walau bagaimanapun, kajian-kajian ini adalah kecil dan mempunyai beberapa risiko berat sebelah, oleh itu kajian yang lebih besar dan lebih berkualiti diperlukan untuk mengesahkan keputusan tersebut.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Teoh Ru Jian Jonathan (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi jonathanteoh_c2017@ms.pmc.edu.my.

Petikan
Clar C, Oseni Z, Flowers N, Keshtkar-Jahromi M, Rees K. Influenza vaccines for preventing cardiovascular disease. Cochrane Database of Systematic Reviews 2015, Issue 5. Art. No.: CD005050. DOI: 10.1002/14651858.CD005050.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan