Langkau ke kandungan utama

Ubat anti-epilepsi bagi mencegah sawan pada pesakit dengan tumor otak

Sehingga 60% pesakit dengan tumor otak boleh mengalami sawan, atau mempunyai sawan buat kali yang pertama selepas disahkan menghidapi tumor otak atau pembedahan otak. Risiko sawan berbeza-beza antara jenis tumor dan lokasi tumor dalam otak. Sawan merupakan beban tambahan yang mempunyai kesan negatif kepada kualiti hidup pesakit, menjejaskan aktiviti seharian, berdikari, kerja dan memandu. Ramai doktor percaya bahawa ubat anti-epilepsi adalah efektif dan diperlukan bagi mencegah sawan, tetapi rawatan ini akan diperbahaskan. Ubat anti-epilepsi mempunyai kesan sampingan dan mereka berinteraksi dengan steroid dan kemoterapi.

5 ujikaji rambang terkawal yang dipilih oleh para penyelidik dari kesusateraan perubatan mengkaji tentang ubat anti-epilepsi sepert phenytoin, phenobarbital, dan divalproex sodium Rawatan dengan ubat anti-epilepsi, plasebo dan pemerhatian para pesakit tidak mempunyai perbezaan bagi mencegah sawan pertama dalam 404 pesakit dengan tumor otak. Risiko mengalami kesan sampingan adalah lebih tinggi bagi pesakit yang menggunakan ubat anti-epilepsi (bilangan pesakit yang perlu dirawat bagi mengakibatkan kesan sampingan dalam seorang pesakit (NNH) 3). Kesan sampingan yang dilaporkan dalam kajian ini merangkumi loya, ruam badan, sakit gusi, pengurangan fungsi sumsum tulang, pening, penglihatan kabur, menggeletar dan jalan tidak stabil.Terdapat satu kajian yang mempunyai tempoh susulan yang pendek. Tidak terdapat kajian yang mengkaji ubat anti-epilepsi yang terbaru.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Lee Xiao Ying (Penang Medical College). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi xylee@ms.pmc.edu.my

Petikan
Tremont-Lukats IW, Ratilal BO, Armstrong T, Gilbert MR. Antiepileptic drugs for preventing seizures in people with brain tumors. Cochrane Database of Systematic Reviews 2008, Issue 2. Art. No.: CD004424. DOI: 10.1002/14651858.CD004424.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan