Langkau ke kandungan utama

Rawatan-rawatan untuk alopecia areata, alopecia totalis dan alopecia universalis

Tidak ada bukti ujian yang baik menunjukkan apa-apa rawatan memberi faedah jangka panjang kepada pesakit yang mempunyai alopecia areata, alopecia totalis dan alopecia universalis.

Alopecia areata adalah suatu keadaan yang menyebabkan keguguran rambut secara bertompok. Saiz dan bilangan tompok-tompok serta perkembangan penyakit ini mungkin berbeza antara orang lain. Ia boleh memberi kesan kepada seluruh kulit kepala (alopecia totalis) atau menyebabkan kehilangan semua bulu badan (alopecia universalis). Kadang-kadang keadaan ini akan menjadi lebih baik dengan sendiri, tetapi dalam sesetengah kes ia boleh menjadi lebih buruk.

Rawatannya termasuklah pelbagai krim atau losyen yang berbeza yang digunakan pada kulit kepala seperti kortikosteroid topikal atau oral, minoxidil dan beberapa terapi berasaskan cahaya. Sesetengah rawatan kulit boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak menyenangkan seperti gatal-gatal atau pertumbuhan rambut di bahagian-bahagian badan yang jauh dari lokasi penyapuan krim. Steroid oral boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Di samping itu, tidak ada jaminan bahawa rambut yang tumbuh semasa rawatan akan kekal selepas rawatan selesai.

Kami menjumpai 17 ujian terkawal rawak yang melibatkan 540 peserta. Hanya satu kajian yang membandingkan dua kortikosteroid topikal menunjukkan manfaat jangka pendek yang ketara. Tiada kajian menunjukkan manfaat pertumbuhan rambut jangka panjang. Tiada kajian yang menyuruh peserta untuk melaporkan pendapat mereka terhadap pertumbuhan rambut atau sama ada kualiti hidup mereka bertambah baik dengan rawatan.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Petikan
Delamere FM, Sladden MJ, Dobbins HM, Leonardi-Bee J. Interventions for alopecia areata. Cochrane Database of Systematic Reviews 2008, Issue 2. Art. No.: CD004413. DOI: 10.1002/14651858.CD004413.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan