Langkau ke kandungan utama

Antibiotik untuk mencegah jangkitan bakteria akibat daripada rawatan kemoterapi dalam pesakit kanser yang mempunyai bilangan sel darah putih yang rendah dan tiada demam

Bagi pesakit yang menerima kemoterapi, peningkatan risiko jangkitan berlaku akibat daripada bilangan sel darah putih yang rendah (neutropenia) yang disebabkan oleh kesan toksik kemoterapi pada sumsum tulang. Objektif ulasan ini adalah untuk menentukan sama ada terapi antibiotik pencegahan (profilaksis) sebelum berlaku demam mencegah penyakit dan kematian dalam kalangan orang yang mempunyai jumlah sel darah putih yang rendah selepas kemoterapi dan juga untuk menilai sama ada jenis antibiotik tertentu adalah lebih baik daripada antibiotik yang lain. Pengulas memasukkan 109 kajian rawak terkawal yang dijalankan antara tahun 1973 hingga 2010.

Profilaksis antibiotik menurunkan risiko kematian secara ketara bila dibandingkan dengan yang tanpa intervensi. Pengulas menganggarkan bahawa bilangan pesakit yang perlu dirawat dengan antibiotik untuk mengelakkan satu kematian daripada semua sebab adalah 34. Profilaksis antibiotik juga menurunkan risiko kematian daripada jangkitan dan risiko dalam kejadian demam. Walaupun profilaksis antibiotik mungkin dikaitkan dengan kesan negatif dan mungkin menggalakkan jangkitan yang baru dan lebih rintang, ini tidak ditunjukkan dalam kajian sedia ada. Kajian terkini yang menggunakan antibiotik kelas quinolone menunjukkan kejadian buruk yang lagi kurang dan keputusan yang lebih baik daripada kelas antibiotik yang lain.

Kebanyakan kajian adalah terhad dalam kalangan pesakit kanser haematologi (kebanyakannya ialah leukemia).

Kesimpulannya, pesakit yang mempunyai bilangan darah putih yang rendah dan tanpa demam selepas kemoterapi yang menerima rawatan antibiotik pencegahan menunjukkan penurunan risiko kematian. Hal ini ditunjukkan terutamanya bagi pesakit kanser haematologi. Profilaksis antibiotik, terutamanya penggunaan antibiotik kelas quinolone, haruslah disyorkan untuk kegunaan secara rutin dalam pesakit-pesakit ini.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi (Chris_ZY@live.com

Petikan
Gafter-Gvili A, Fraser A, Paul M, Vidal L, Lawrie TA, van de Wetering MD, Kremer LCM, Leibovici L. Antibiotic prophylaxis for bacterial infections in afebrile neutropenic patients following chemotherapy. Cochrane Database of Systematic Reviews 2012, Issue 1. Art. No.: CD004386. DOI: 10.1002/14651858.CD004386.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan