Langkau ke kandungan utama

Antidepresan untuk anoreksia nervosa (AN)

Tujuan ulasan ini adalah untuk menilai bukti dari kajian rawak terkawal ke atas keberkesanan dan penerimaan rawatan antidepresan dalam AN akut. Tujuh kajian kecil telah dikenal pasti; empat kajian terkawal plasebo tidak menemui bukti keberkesanan antidepresan dalam membantu kenaikan berat badan, gangguan pemakanan atau simtom-simton yang berkaitan dengan AN. Kajian kajian ini juga mempunyai masa yang berbeza untuk menyempurnakan kajian. Meta-analisis data tidak dapat diukur bagi kebanyakan hasil kajian. Walau bagaimanapun, batasan metodologi utama kajian-kajian ini (contohnya, kuasa yang tidak mencukupi untuk mengesan perbezaan) menghalang daripada membuat kesimpulan yang tepat atau cadangan penggunaan antidepresan dalam AN akut. Kajian selanjutnya yang menguji keselamatan antidepresan dan yang mempunyai bilangan subjek yang lebih ramai dan direka dengan baik diperlukan untuk panduan amalan klinikal.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi salwah@usm.my

Petikan
Claudino AM, Silva de Lima M, Hay PPJ, Bacaltchuk J, Schmidt UUS, Treasure J. Antidepressants for anorexia nervosa. Cochrane Database of Systematic Reviews 2006, Issue 1. Art. No.: CD004365. DOI: 10.1002/14651858.CD004365.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan