Langkau ke kandungan utama

Rawatan-rawatan untuk hematoma aurikular akut

Hematoma aurikular akut adalah keadaan di mana terdapatnya pengumpulan darah di pina (bahagian telinga diluar tengkorak), sering berlaku berikutan trauma tumpul. Jika tidak dirawat, ia akan menyebabkan kecacatan 'telinga bunga kubis' atau 'telinga ahli gusti'.

Kami telah mencari kajian-kajian yang melibatkan orang dewasa atau kanak-kanak yang mempunyai hematoma. Rawatan-rawatan ini boleh merangkumi aspirasi hematoma sahaja, insisi dan saliran dan apa-apa prosedur selepas pengsaliran tersebut (seperti pensplinan dan pembalutan) untuk mencegah pengumpulan semula hematoma ini. Kami tidak menjumpai mana-mana ujian berkualiti baik yang memberi hasil kosmetik yang terbaik daripada mana-mana teknik untuk membuang hematoma dan mencegah pengumpulan semulanya. Bagaimanapun, secara amnya, kajian-kajian yang ada menunjukkan bahawa rawatan adalah lebih baik daripada membiarkan hematoma tanpa rawatan. Kajian-kajian yang mempunyai ciri-ciri yang baik masih diperlukan.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Mohd Afiq Mohd Slim (Northern Ireland Medical and Dental Training Agency) (NIMDTA). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia).Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi chain1993@yahoo.com.

Petikan
Jones SEM, Mahendran S. Interventions for acute auricular haematoma. Cochrane Database of Systematic Reviews 2004, Issue 2. Art. No.: CD004166. DOI: 10.1002/14651858.CD004166.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan