Langkau ke kandungan utama

Simpatektomi servikotoraks atau lumbar untuk sakit neuropatik

Sakit kronik akibat kerosakan saraf dipanggil sakit neuropatik dan ia adalah lazim. Sesetengah orang menganggap sakit neuropatik jenis tertentu (distrofi simpatetik refleks dan kausalgia, kini dikenali secara kolektif sebagai Sindrom Sakit Sebahagian Kompleks (CRPS)) adalah disebabkan oleh sistem saraf simpatetik. Simpatektomi adalah prosedur membinasakan yang mengganggu sistem saraf simpatetik. Simpatektomi kimia menggunakan suntikan alkohol atau fenol untuk membinasakan tisu saraf simpatetik (dipanggil “rantaian simpatetik” ganglia saraf). Ablasi pembedahan boleh dibuat dengan pembuangan terbuka atau elektrokoagulasi (pembinasaan tisu dengan arus elektrik berfrekuensi tinggi) rantaian simpatetik, atau dengan prosedur invasif minimum menggunakan gangguan terma atau laser. Regenerasi saraf lazim berlaku selepas ablasi pembedahan atau kimia, tetapi mungkin lebih lama dengan ablasi pembedahan.

Ulasan sistematik ini hanya menemui satu kajian yang kecil (20 peserta) dengan kualiti metodologi yang baik, yang melaporkan tiada perbezaan signifikan antara simpatektomi pembedahan dan kimia untuk melegakan sakit neuropatik. Potensi komplikasi yang serius dengan simpatektomi didokumentasi dengan baik dalam literatur, dan satu (neuralgia) berlaku dalam kajian ini.

Amalan simpatektomi untuk merawat sakit neuropatik adalah berdasarkan bukti yang sangat lemah. Selanjutnya, komplikasi prosedur mungkin signifikan.

Nota terjemahan

Diterjemah oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Straube S, Derry S, Moore RA, Cole P. Cervico-thoracic or lumbar sympathectomy for neuropathic pain and complex regional pain syndrome. Cochrane Database of Systematic Reviews 2013, Issue 9. Art. No.: CD002918. DOI: 10.1002/14651858.CD002918.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan