Langkau ke kandungan utama

Kortikosteroid untuk pengurusan individu yang mengidap tuberculous meningitis

Apakah itu tuberculous meningitis dan bagaimana kortikosteroid berfungsi?

Tuberculous meningitis adalah satu bentuk penyakit tibi yang serius dan memberi kesan terhadap meninges yang menyelaputi otak dan saraf tunjang, menyebabkan sakit kepala, koma dan kematian. Prognosis klinikal pada kebiasanya adalah kurang baik walaupun pesakit tuberculous meningitis dirawat menggunakan ubat antituberculous.

Kortikosteroid biasa digunakan sebagai tambahan kepada ubat antituberculous untuk merawat pesakit yang mengalami keadaan ini. Ubat-ubatan ini membantu mengurangkan keradangan permukaan otak dan saluran darah yang berkaitan, dan juga difikirkan boleh mengurangkan tekanan dalam otak, oleh itu akan mengurangkan risiko kematian. Ada sebahagian doktor yang bimbang kerana walaupun kortikorsteroid mungkin meningkatkan kelangsungan hidup, tetapi menyebabkan pesakit yang hidup mengalai ketidakupayaan yang lebih teruk.

Apakah yang ditunjukkan oleh bukti

Kami telah mengkaji bukti yang diterbitkan sehingga 18 Mac 2016 dan memasukkan sembilan kajian melibatkan 1337 responden yang menilai sama ada permberian deksametason, methylprednisolone, atau prednisolone sebagai tambahan kepada ubat antituberculous; satu kajian adalah berkualiti tinggi, manakala kualiti kajian-kajian yang lain mempunyai ketidakpastian disebabkan laporan tidak lengkap.

Analisis tersebut menunjukkan bahawa kortikosteroid mengurangkan risiko kematian adalah sebanyak satu suku pada dua bulan sehingga dua tahun selepas rawatan dimulakan (bukti berkualiti tinggi). Kortikosteroid menyebabkan perbezaan yang sedikit atau tiada terhadap jumlah pesakit yang hidup dengan kerosakan otak yang menyebabkan kurang upaya selepas menghidapi TB meningitis (bukti kualiti rendah); disebabkan peristiwa ini adalah tidak lazim, walaupun melihat dari segi anggaran paling pesimis daripada analisa yang menunjukkan peningkatan risiko dengan penggunaan kortikosteroid, ia bermaksud bahawa peristiwa tersebut menjadi tidak penting secara kuantitatif jika dibandingkan dengan pengurangan kematian.

Satu kajian telah menyusuli peserta untuk lima tahun, yang pada masa itu, tiada perbezaan terhadap kematian antara dua kumpulan, walaupun sebab perubahan dengan masa adalah tidak diketahui.

Hanya satu kajian yang menilai kesan kortikosteroid terhadap pesakit virus kurang daya tahan manusia(HIV)-positif, tetapi jumlahnya adalah kecil, oleh itu kami tidak pasti manfaat dari segi penurunan bilangan kematian adalah sama bagi golongan pesakit ini.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor’s Universiti, Malaysia). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Petikan
Prasad K, Singh MB, Ryan H. Corticosteroids for managing tuberculous meningitis. Cochrane Database of Systematic Reviews 2016, Issue 4. Art. No.: CD002244. DOI: 10.1002/14651858.CD002244.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan