Langkau ke kandungan utama

Vitamin K antagonis atau berat-molekul-rendah heparin untuk rawatan jangka panjang dalam gejala darah beku

Latar belakang

Darah beku (thromboembolism vena) kadang-kala menyebabkan pembuluh darah tersumbat selepas pembedahan, semasa rehat di atas katil, atau secara spontan. Pembekuan ini boleh membawa maut apabila mereka pergi ke paru-paru. Vitamin K antagonis (VKAs), 99% daripadanya terdiri daripada warfarin, berkesan untuk menghalang pembentukan darah beku baru, kerana mereka mencairkan darah. Heparins berat-molekul-rendah (LMWHs) adalah ubat-ubatan yang mencairkan darah dan akan digunakan untuk orang yang menghadapi risiko utama pendarahan, orang-orang yang tidak boleh mengambil vitamin K golongan antagonis dan wanita hamil.

Tujuan ulasan

Untuk menilai manfaat dan kemudaratan rawatan jangka panjang (tiga bulan) daripada thromboembolism vena dengan LMWH berbanding dengan rawatan jangka panjang dengan VKAs.

Keputusan utama

Ulasan sistematik ini daripada 16 ujian dengan gabungan jumlah 3299 peserta (terkini sehingga November 2016) mendapati tiada perbezaan yang jelas dalam pembekuan darah berulang dan kematian antara LMWH dan VKA, dan episod berdarah yang kurang dengan LMWH berbanding dengan VKA. Namun demikian, perbandingan kajian berkualiti tinggi sahaja untuk pendarahan menunjukkan tiada perbezaan yang jelas antara LMWH dan VKA.

Kualiti bukti

Kualiti bukti untuk hasil darah beku berulang dan mati adalah sederhana. Kualiti bukti ini adalah diturunkan kerana terdapat sebilangan kecil daripada peristiwa yang dilaporkan, menuju ke ketidaktepatan. Untuk hasil pendarahan, kualiti bukti adalah rendah kerana terdapat percanggahan antara ujikaji dan risiko berat sebelah. Penyelidikan yang berterusan ke dalam rawatan jangka panjang daripada darah beku dalam urat dengan LMWH dan VKA adalah diperlukan.

Rumusan pengarang

Ulasan ini mendapati tiada perbezaan yang jelas dalam darah beku berulang dan mati antara LMWH dan VKA, dan kurang episod berdarah dengan LMWH berbanding dengan VKA. Namun, apabila hanya kajian berkualiti tinggi dibandingkan dengan pendarahan, tiada perbezaan yang jelas dapat diperhatikan antara LMWH dan VKA. LMWH boleh menawarkan satu alternatif bagi sesetengah pesakit, contohnya, orang dalam kawasan geografi tidak dapat dicapai, mereka tidak boleh atau enggan untuk melawat perkhidmatan trombosis secara tetap, dan orang yang mana mengambil VKA mungkin berbahaya.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Petikan
Andras A, Sala Tenna A, Stewart M. Vitamin K antagonists versus low-molecular-weight heparin for the long term treatment of symptomatic venous thromboembolism. Cochrane Database of Systematic Reviews 2017, Issue 7. Art. No.: CD002001. DOI: 10.1002/14651858.CD002001.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan