Intervensi kawalan dalam kajian terawak untuk orang yang mengalami sesuatu gangguan kesihatan mental

Ulasan sistematik ini menilai kesan intervensi kawalan yang berbeza dalam kajian terawak termasuk pesakit yang mengalami gangguan kesihatan mental. Dalam kajian terawak, pesakit telah diletakkan secara kebetulan kepada satu daripada dua atau lebih kumpulan - selalunya intervensi bereksperimen dan satu intervensi kawalan. Terdapat banyak jenis intervensi kawalan dalam kajian intervensi kesihatan mental. Sebahagiannya yang paling biasa adalah berlainan jenis plasebo yang mempunyai kekurangan yang dianggap sebagai komponen aktif dalam intervensi bereksperimen, dan penjagaan biasa, dengan pesakit menerima rawatan standard untuk gangguan kesihatan mental mereka dalam kawasan tempat tinggal mereka. Dua lagi jenis intervensi kawalan adalah senarai tunggu atau tanpa rawatan dengan pesakit menerima tiada penjagaan berkaitan kajian semasa kajian tersebut dijalankan (walaupun sesetengah pesakit mungkin menerima penjagaan di luar kajian). Pesakit dalam senarai tunggu kerap ditawarkan intervensi bereksperimen selepas kajian dimuktamadkan sekiranya ia kemungkinan akan memberikan lebih manfaat berbanding dengan kemudaratan, manakala peserta tanpa rawatan tidak ditawarkan intervensi bereksperimen oleh penyelidik.

Kami telah mencari kajian terawak dengan pesakit yang mengalami gangguan kesihatan mental dengan senarai tunggu, penjagaan biasa, atau intervensi plasebo dibandingkan dengan senarai tunggu atau tanpa rawatan. Kami telah melihat kepada perbezaan antara semua jenis intervensi kawalan terhadap kesan bermanfaat dan sama ada mereka menyebabkan sebarang kesan buruk. Kami telah menyertakan 96 kajian dengan sejumlah 4200 peserta. Hanya 83 kajian (3614 peserta) memberikan data yang berguna. Lima belas jenis gangguan kesihatan mental telah disertakan. Kami telah menemui bahawa semua kajian adalah berisiko tinggi untuk bias dari segi cara mereka dijalankan, yang mengurangkan kebolehtafsiran hasil penemuan kami. Walau bagaimanapun, risiko bias yang kebanyakannya disebabkan oleh kekurangan pembutaan dalam kajian plasebo, yang mungkin dilihat sebagai aspek ulasan soalan metodologi bukannya kecacatan dalam ulasan itu sendiri. Kami telah menemui tiada perbezaan penting secara klinikal untuk penjagaan biasa atau senarai tunggu intervensi kawalan dalam analisis utama, walau bagaimanapun analisis sekunder kami telah menemui perbezaan memuaskan yang penting secara klinikal untuk penjagaan biasa. Secara amnya, intervensi kawalan plasebo cenderung lebih memuaskan berbanding dengan tanpa rawatan atau senarai tunggu intervensi kawalan merentas gangguan kesihatan mental. Kami telah menemui tiada perbezaan penting secara klinikal terhadap peristiwa buruk.

Ulasan ini mencadangkan bahawa perbezaan intervensi kawalan mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan anggaran yang sangat berbeza bagi kesan intervensi bereksperimen dan bahawa pilihan intervensi kawalan yang mempunyai impak besar terhadap betapa berkesannya rawatan kesihatan mental sebagaimana yang kelihatan. Intervensi kawalan dalam kajian dengan pesakit yang mengalami gangguan kesihatan mental selalunya kurang dilaporkan, dan garis panduan adalah diperlukan untuk memaklumkan kepada para penyelidik tentang bagaimana mencipta, melapor, dan mentafsir kajian ini dengan betul.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemahkan oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my).

Tools
Information