Mesej-mesej utama
• Kami tidak tahu sekiranya stimulasi otak bukan invasif atau pelbagai jenis latihan bahasa, atau gabungan kedua-dua rawatan tersebut, membantu orang dengan afasia progresif primer disebabkan bukti sedia adalah terhad dan secara amnya berkualiti teruk.
• Tiada kesan-kesan sampingan teruk dilaporkan dalam kajian-kajian stimulasi otak.
Apakah afasia progresif primer?
Afasia progresif primer (PPA) adalah keadaan yang jarang berlaku yang merosakkan bahagian otak yang mengawal pertuturan dan bahasa secara perlahan. Terdapat tiga jenis (atau varian) PPA, dengan simptom berbeza atau kesan terhadap pertuturan dan bahasa orang. Walau bagaimanapun, secara amnya, orang dengan PPA beransur-ansur hilang keupayaan untuk bercakap, membaca, menulis, dan memahami perbualan. PPA bertambah buruk dari semasa ke semasa, dan pada masa ini, tiada penawar. Ketidakupayaan untuk berkomunikasi adalah menyusahkan untuk orang dengan PPA, begitu juga dengan mereka yang perlu menjaga dan menyokong mereka.
Bagaimanakah ia dirawat?
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa ubat-ubatan tidak membantu orang dengan PPA untuk meningkatkan kebolehan bahasa dan komunikasi mereka. Oleh itu, profesional penjagaan kesihatan telah meneroka rawatan-rawatan bukan berasaskan perubatan, yang boleh dikumpulkan secara meluas kepada 2 kategori: (1) stimulasi otak bukan invasif; (2) rawatan-rawatan tingkah laku, yang biasanya melibatkan latihan pertuturan dan bahasa.
Dua jenis utama stimulasi otak yang digunakan untuk merawat PPA: (1) stimulasi magnet transkranial (TMS); dan (2) stimulasi arus terus transkranial (tDCS). TMS menggunakan mesin yang diposisikan berdekatan dengan kepala seseorang untuk menjana nadi lembut tenaga magnet untuk merangsang bahagian otak spesifik. tDCS menghantar arus elektrik tahap rendah, tidak berbahaya ke dalam otak melalui elektrod yang disambung kepada kulit kepala. Rawatan-rawatan tersebut adalah tidak invasif (mereka tidak melibatkan pemotongan kulit atau memasuki badan) dan kedua-duanya bertujuan untuk merangsang aktiviti otak.
Rawatan untuk PPA boleh melibatkan stimulasi otak, rawatan-rawatan tingkah laku, atau gabungan kedua-duanya.
Apakah yang ingin kami ketahui?
Kami ingin mengetahui sama ada rawatan-rawatan berasaskan bukan perubatan membantu orang dengan PPA untuk meningkatkan kebolehan mencari perkataan mereka (kebolehan untuk mencari perkataan yang betul untuk objek betul atau situasi), kebolehan bahasa secara keseluruhan, kognitif (kebolehan berfikir), dan kualiti hidup. Kami juga ingin mengetahui sama ada stimulasi otak mempunyai sebarang kesan-kesan negatif, seperti mengakibatkan kesakitan atau pening.
Apakah yang telah kami lakukan?
Kami telah mencari kajian yang membandingkan rawatan berasaskan bukan perubatan kepada rawatan berasakan bukan perubatan yang lain atau kumpulan kawalan (satu kumpulan yang telah menerima tiada rawatan atau plasebo - satu ‘dummy’ atau rawatan ‘sham’).
Kami telah merumuskan keputusan kajian tersebut dan menilai keyakinan kami dalam bukti, berdasarkan faktor-faktor seperti saiz kajian, kaedah, dan betapa baik maklumat rawatan-rawatan telah dilaporkan.
Apakah yang telah kami temui?
Kami telah menemui 10 kajian yang melibatkan sejumlah 132 orang. Kajian-kajian tersebut adalah kecil, lingkungan daripada 3 hingga 40 peserta. Purata umur orang dalam kajian adalah antara kira-kira 68 tahun. Kajian-kajian telah menyiasat rawatan-rawatan berikut:
• tDCS sahaja (2 kajian);
• tDCS ditambah dengan sesetengah jenis latihan bahasa (7 kajian);
• repetitive TMS sahaja (1 kajian).
Intervensi tersebut berbeza sangat dalam jenis rawatan, tempoh, frekuensi, dan dalam spesifik teknik stimulasi otak. Hal ini bermakna kami telah mempertimbangkan setiap keputusan kajian secara individu, dan bukannya menggabungkan dan menganalisis maklumat daripada beberapa kajian.
Penemuan utama
Kami telah menemui bahawa tDCS ditambah dengan latihan bahasa mungkin berguna untuk meningkatkan pencarian perkataan, terutamanya untuk “perkataan terlatih” - iaitu, perkataan di mana peserta telah berlatih untuk mencari semasa kajian. Walaupun keputusan-keputusan berbeza antara kajian-kajian, ulasan kami mencadangkan bahawa gabungan terapi bahasa dan tDCS mungkin sesuai untuk meningkatkan fungsi bahasa dalam PPA.
Tiga kajian menaksir bagaimana rawatan-rawatan mempengaruhi kebolehan keseluruhan bahasa orang; keputusan-keputusan adalah tidak dapat disimpulkan.
Hanya 1 kajian atau tiada kajian menaksir sesetengah daripada hasil minat kami, termasuk kognitif (1 kajian) dan kualiti hidup (1 kajian). Yang kedua telah menunjukkan peningkatan dalam kualiti hidup orang, tetapi kami mempunyai sedikit keyakinan dalam keputusan disebabkan berdasarkan satu kajian.
Apakah batasan bukti?
Kami mempunyai sangat sedikit keyakinan dalam bukti semasa, terutamanya disebabkan oleh masalah-masalah dalam cara kajian-kajian telah dijalankan dan bilangan orang yang kecil dikaji.
Sejauh manakah ulasan ini terkini?
Bukti ini terkini sehingga Januari 2024.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).