Apakah manfaat dan risiko diuretik untuk mencegah dan merawat kecederaan buah pinggang akut?

Mesej utama

• Untuk pencegahan kecederaan buah pinggang akut (AKI; keadaan di mana buah pinggang tiba-tiba kehilangan keupayaan mereka untuk menapis sisa daripada darah), dibandingkan kepada kawalan, diuretik mungkin mengurangkan keperluan untuk sebarang dialisis dan boleh mengurangkan risiko untuk mendapat AKI dan kematian. Diuretik mungkin mengakibatkan sedikit atau tiada perbezaan dalam keperluan untuk dialisis kekal, hipotensi (tekanan darah rendah), kalium darah rendah, atau kreatinin serum (ukuran fungsi buah pinggang). Kesan diuretik terhadap degupan jantung yang tidak teratur dan pengeluaran air kencing yang tidak jelas.

• Untuk rawatan AKI , diuretik boleh memberi sedikit atau tiada perbezaan kepada keperluan untuk sebarang dialisis, kematian atau kalium darah rendah. Diuretik boleh meningkatkan hipotensi dan mungkin meningkatkan degupan jantung yang tidak teratur. Ia adalah tidak pasti sama ada diuretik meningkatkan pengeluaran air kencing.

Apakah kecederaan buah pinggang akut?

Kecederaan buah pinggang akut (AKI) adalah keadaan di mana buah pinggang tiba-tiba kehilangan keupayaan mereka untuk menapis sisa daripada darah, dan ia berkembang dalam beberapa jam atau hari. Ia kerap berlaku dalam orang yang sedang menjalani pembedahan dan dalam orang yang memerlukan penjagaan rapi. Kehilangan penapisan mengakibatkan pengumpulan cecair dan sisa buangan dalam badan. AKI berjulat daripada ringan sehingga teruk dan, sekiranya biarkan tanpa dirawat, boleh membawa maut. Walau bagaimanapun, AKI boleh diterbalikkan, dan orang dengan kesihatan yang baik sebelum ini boleh sembuh sepenuhnya.

Bagaimanakah anda mencegah atau merawat kecederaan buah pinggang akut?

Untuk orang yang menjalani prosedur pembedahan atau jantung yang dirancang, pencegahan AKI adalah pertimbangan yang penting. Diuretik adalah sejenis ubat yang merangsang buah pinggang untuk menghasilkan lebih banyak air kencing, dan menyingkirkan cecair dan sisa buangan berlebihan. Semasa prosedur tersebut, diuretik mungkin diberikan untuk mengekalkan pengeluaran air kencing.

Untuk orang dengan AKI, diuretik mungkin menjadi pilihan pertama yang digunakan untuk merangsang buah pinggang menghasilkan lebih banyak air kencing sebelum AKI berkembang ke peringkat di mana dialisi (satu prosedur di mana mesin digunakan untuk membuang sisa buangan dan garam berlebihan dan cecair daripada darah) adalah diperlukan.

Apakah yang ingin kami ketahui?

Kami ingin mengetahui sekiranya diuretik mencegah AKI dan sekiranya mereka membantu merawat orang yang mempunyai AKI. Kami juga ingin mengetahui sama ada diuretik adalah berkaitan dengan sebarang kesan yang tidak diingini.

Apakah yang telah kami lakukan?

Kami telah mencari untuk kajian yang telah mengkaji penggunaan diuretik dalam orang yang berisiko mendapat AKI atau merawat mereka yang sudah mempunyai AKI. Diuretik telah dibandingkan kepada plasebo (ubat dummy) atau pelbagai penyelesaian yang bertujuan untuk menggantikan cecair dan elektrolit (mineral yang diperlukan untuk mengekalkan fungsi badan normal). Kami telah membandingkan dan merumuskan keputusan kajian, dan kami telah menilai tahap keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan faktor-faktor seperti kaedah dan saiz kajian.

Apakah yang telah kami temui?

Kami telah menyertakan 64 kajian (9871 peserta): 53 kajian telah melihat kepada pencegahan AKI (8078 peserta), dan 11 kajian yang telah melihat kepada perawatan AKI (1793 peserta). Kajian telah dikendalikan di Amerika (15), Mediterranean Barat (9), Eropah (25), Asia Tenggara (2), dan Pasifik Barat (13). Tiga puluh enam kajian adalah kajian pusat tunggal, 19 adalah berbilang pusat, dan persekitaran adalah tidak jelas dalam sembilan kajian.

Untuk pencegahan AKI, berbanding kepada kawalan, diuretik mungkin mengurangkan keperluan untuk dialisis dan mungkin mengurangkan risiko mendapat AKI dan kematian. Diuretik mungkin mengakibatkan sedikit atau tiada perbezaan dalam keperluan untuk dialisis kekal, hipotensi (tekanan darah rendah), kalium darah rendah, atau kreatinin serum (ukuran fungsi buah pinggang). Kesan diuretik terhadap degupan jantung yang tidak teratur dan pengeluaran air kencing yang tidak jelas.

Untuk rawatan AKI, diuretik mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan terhadap keperluan sebarang dialisis, kematian atau kalium darah rendah. Diuretik boleh meningkatkan hipotensi dan mungkin meningkatkan degupan jantung yang tidak teratur. Ia adalah tidak pasti sama ada diuretik meningkatkan pengeluaran air kencing. Keperluan untuk dialisis kekal dan perubahan dalam kreatinin serum tidak dilaporkan.

Apakah batasan bukti?

Untuk pencegahan AKI, kami yakin secara sederhana bahawa diuretik mengurangkan keperluan untuk sebarang dialisis disebabkan kebanyakan kajian melaporkan hasil ini. Kami kurang yakin terhadap bukti unuk mengurangkan risiko AKI disebabkan kajian telah dijalankan dalam beberapa jenis orang yang berbeza atau penggunaan ubat-ubatan yang berbeza. Tidak semua kajian telah memberikan data tentang semua hasil yang berkaitan.

Untuk rawatan AKi, kami yakin secara sederhana bahawa diuretik meningkatkan degupan jantung yang tidak teratur; walau bagaimanapun, kami kurang yakin terhadap bukti tentang insiden AKI disebabkan kajian telah dijalankan dalam berberapa jenis orang berbeza atau beberapa ubat-ubatan yang berlainan jenis yang telah digunakan. Tidak semua kajian telah memberikan data tentang semua hasil yang berkaitan.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti ini terkini sehingga Mei 2024.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia).

Tools
Information