Kesan mengurangkan pengambilan lemak terhadap berat badan

Kadar ideal tenaga daripada lemak yang kita makan dan hubungannya dengan kadar lemak dalam badan adalah tidak jelas. Tinjauan ini melihat kepada kesan pengurangan kadar tenaga daripada lemak makanan terhadap kadar lemak badan dalam orang dewasa yang tidak berhasrat untuk mengurangkan berat badan. Lemak badan diukur menggunakan berat badan, indeks jisim badan, lilitan pinggang dan peratus lemak badan. Bukti ini adalah terkini sehingga Oktober 2019. Ulasan mendapati bahawa mengurangkan lemak dalam makanan kita menyebabkan penurunan yang kecil tetapi ketara terhadap berat badan, indeks jisim badan, peratusan lemak badan dan lilitan pinggang. Kesannya tidak berubah dalam jangka masa yang panjang, tetapi mengurangkan pengambilan lemak pada tahap yang lebih besar mengakibatkan penurunan berat badan yang lebih besar. Kami telah menilai potensi kemudaratan dalam mengurangkan jumlah lemak, tetapi tidak menemukan bukti bahaya pada lipid serum, tekanan darah atau kualiti hidup.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ammar Al Hakim bin Mohd Kamil (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information