Ubat-ubatan untuk mencegah gangguan tekanan pascatrauma untuk orang dengan simptom-simptom tekanan traumatik akut

Mesej-mesej utama

- Simptom-simptom tekanan akut adalah perkara biasa selepas pengalaman traumatik. Mereka biasanya berbatas-waktu. Walau bagaimanapun, untuk sesetengah orang, mereka boleh berterusan atau maju ke keadaan yang dikenali sebagai gangguan tekanan pascatrauma (PTSD). Ubat-ubatan telah dicadangkan untuk mencegah PTSD kemudian.

- Kami telah menemui data untuk empat ubat-ubatan: escitalopram, sejenis antidepresan; hidrokortison, sejenis hormon yang mengurangkan respon imun dan terlibat dalam respon badan terhadap tekanan; oxytocin, sejenis hormon yang boleh mengurangkan respon terhadap stres; dan temazepam, sejenis ubat untuk mengurangkan kegelisahan. Mereka telah dibandingkan dengan plasebo (pil dummy).

- Untuk semua ubat-ubatan, ianya tidak jelas sekiranya mereka mempunyai kesan terhadap kebarangkalian mengalami PTSD, terhadap keterukan PTSD atau sebarang kesan yang memudaratkan.

Apakah simptom-simptom tekanan akut?

Individu yang mengalami peristiwa traumatik boleh menunjukkan simptom-simptom psikologi, yang juga dikenali sebagai simptom-simptom tekanan traumatik akut, sejurus selepas peristiwa tersebut. Simptom-simptom tersebut termasuk kenangan mengganggu atau mimpi-mimpi buruk, ketidakupayaan untuk merasakan emosi positif, rasa realiti yang berubah, usaha-usaha untuk mengelakkan memori yang mengganggu atau peringatan disebabkan oleh peristiwa traumatik, gangguan tidur dan berada dalam keadaan kewaspadaan yang tinggi terhadap kemungkinan ancaman.

Mengapakah mereka penting untuk gangguan tekanan pascatrauma?

Simptom-simptom tekanan traumatik akut kerap hilang dengan peralihan masa, tetapi untuk sesetengah individu mereka berterusan atau bertambah buruk sehingga mereka mengalami keadaan PTSD. PTSD boleh memberi kesan yang melemahkan terhadap kehidupan mereka yang terjejas dan orang yang mereka sayangi.

Apakah yang ingin kami temui?

Untuk orang yang terdedah terhadap peristiwa traumatik dan mereka yang mempunyai simptom-simptom tekanan traumatik akut, adalah ubat-ubatan lebih efektif berbanding plasebo (pil dummy) atau ubat-ubatan yang lain dalam:

- mengurangkan keterukan simptom-simptom PTSD?
- mengurangkan jumlah orang yang berhenti mengambil ubat disebabkan oleh kesan-kesan sampingan?
- mengurangkan kebarangkalian mengalami PTSD?
- mengurangkan pantulan terhadap aktiviti-aktiviti kehidupan harian?

Apakah yang telah kami lakukan?

Kami telah mencari pangkalan data saintifik untuk kajian-kajian di mana peserta dewasa telah dibahagikan secara rawak ubat untuk simptom-simptom tekanan traumatik akut. Kami telah mempertimbangkan sebarang peristiwa traumatik.

Kami telah membandingkan dan merumuskan kajian-kajian berdasarkan ubat yang telah digunakan, dan menilai keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan faktor-faktor seperti kaedah dan saiz kajian. Kami telah mempertimbangkan data yang telah dikumpulkan untuk tiga bulan selepas orang mengalami peristiwa traumatik untuk keputusan utama, disebabkan hal ini adalah masa kritikal untuk doktor dan pesakit untuk memutuskan rawatan sekiranya simptom-simptom berkembang menjadi PTSD.

Apakah yang telah kami temui?

Kami telah menyertakan lapan kajian, melibatkan 779 peserta. Kajian-kajian tersebut telah berlaku di pusat-pusat trauma dan jabatan-jabatan kecemasan. Kajian-kajian telah membandingkan empat ubat-ubatan: escitalopram, sejenis antidepresa; hidrokortison, sejenis hormon yang mengurangkan respon imun dan terlibat dalam respon badan terhadap stres; oxytocin, sejenis hormon yang boleh mengurangkan respon terhadap stres; dan temazepam, sejenis ubat yang digunakan untuk mengurangkan kegelisahan. Kesemua telah dibandingkan dengan plasebo.

Apakah yang bukti ini memberitahu kami?

Berdasarkan tiga kajian, kami tidak pasti sama ada hidrokortison dibandingkan dengan plasebo mempunyai kesan terhadap keterukan simptom-simptom PTSD, jumlah orang yang mempunyai PTSD, kualiti hidup atau risiko menghentikan ubat disebabkan oleh kesan-kesan sampingan. Kami telah menemui satu kajian dengan data tentang escitalopram, dan kami tidak tahu kesannya terhadap keterukan PTSD, jumlah orang yang menghentikan ubat disebabkan oleh kesan-kesan sampingan atau jumlah orang dengan PTSD. Begitu juga, kami telah menemui satu kajian dengan data tentang oxytocin intranasal, dengan bukti yang tidak dapat disimpulkan tentang kesan terhadap keterukan PTSD. Kajian tentang temazepam tidak mengumpulkan data pada tiga bulan selepas peristiwa traumatik.

Apakah batasan bukti?

Kami mempunyai sedikit atau sangat sedikit keyakinan dalam bukti disebabkan kajian-kajian adalah sedikit dan kecil.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti ini terkini sehingga Januari 2023.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemahkan oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).

Tools
Information