Langkah halangan untuk mencegah bunuh diri dengan melompat

Mengapakah ulasan ini penting?

Melompat dari ketinggian adalah cara yang jarang tetapi membawa maut untuk bunuh diri. Walaupun terdapat bukti yang menyekat akses kepada cara bunuh diri adalah pendekatan yang berkesan untuk mencegah bunuh diri, bukti untuk mencegah bunuh diri dengan melompat adalah tidak dapat dibuktikan dengan baik. Kajian ini bertujuan untuk meneroka kesan sekatan akses terhadap membunuh diri dengan melompat.

Carian bukti

Kami mencari beberapa pangkalan data (Cochrane Library, Embase, MEDLINE, PsycINFO, dan Web of Science) untuk mencari kajian-kajian yang menilai kesan menyekat akses terhadap langkah-langkah bunuh diri dengan melompat. Kami mencari pangkalan data sehingga Mei 2019. Kami memasukkan kajian yang menilai intervensi sekatan langkah-langkah lompatan disampaikan secara sendiri, seperti halangan fizikal, pagar atau jaring keselamatan di jambatan, atau yang dihantar dalam kombinasi dengan intervensi pencegahan bunuh diri yang lain, seperti talian krisis dan kamera CCTV. Kami juga mencari senarai rujukan semua kajian yang dimasukkan dan ulasan sistematik yang relevan untuk mengenal pasti kajian tambahan dan menghubungi penulis untuk mendapatkan maklumat yang hilang. Hasil utama kami yang kami ingini adalah bunuh diri, percubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri dan keberkesanan kos bagi intervensi.

Keputusan utama

Kami mendapati terdapat 14 kajian yang berkaitan. Tiga kajian setiap satu adalah dari Switzerland dan Amerika Syarikat, manakala dua kajian masing-masing adalah dari UK, Kanada, New Zealand, dan Australia. Majoriti kajian mempunyai reka bentuk sebelum dan selepas kajian. Oleh kerana sifat pemerhatian bagi kajian-kajian yang kami masukkan, tiada kajian yang membandingkan dengan intervensi lain atau keadaan kawalan. Intervensi menghalang langkah-langkah melompat diberikan secara berasingan atau gabungan dengan intervensi lain didapati mengurangkan jumlah bunuh diri dengan melompat. Data tentang percubaan bunuh diri adalah terhad dan tiada kajian yang melaporkan tentang mencederakan diri sendiri. Analisis kos-keberkesanan mencadangkan bahawa pembinaan halangan fizikal pada jambatan akan menjadi kos efektif dalam jangka masa panjang. Bukti untuk penilaian ini adalah berkualiti rendah kerana kelemahan dalam reka bentuk kajian dan perbezaan penemuan di antara kajian, oleh itu memerlukan kepada kajian lanjutan yang berkualiti tinggi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save