Pengukuhan antara diet individu dengan standard bagi pertumbuhan dan perkembangan pada bayi pramatang yang menerima susu ibu

Soalan ulasan: adakah penambahan nutrien dan kalori secara individu dan bukan standard untuk susu ibu dapat meningkatkan pertumbuhan dan lain-lain hasil pada bayi pramatang?

Latar belakang: bayi pramatang adalah berisiko mengalami pertumbuhan yang terbantut selepas kelahiran. Susu ibu mengurangkan risiko penyakit tetapi tidak memenuhi keperluan pemakanan mereka. Oleh itu, susu ibu yang diberikan kepada bayi pramatang mesti diperkayakan dengan nutrien tambahan. Kaedah biasa untuk menperkayakan susu ibu dapat bersama-sama merawat semua susu ibu dan semua bayi pramatang. Walau bagaimanapun, terdapat dua kaedah untuk memperkayakan yang tersendiri bagi setiap bayi pramatang. Pengukuhan yang disasarkan menambahkan nutrien pada susu ibu berdasarkan hasil analisis susu ibu. Pemerkayaan yang boleh diubahsuai menambah nutrien berdasarkan hasil keputusan makmal bayi pramatang. Pengukuhan individu dapat meningkatkan pertumbuhan bayi pramatang atau hasil yang lain. Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada pemerkayaan yang disasarkan atau boleh diubahsuai adalah selamat atau memberikan hasil yang lebih baik untuk bayi pramatang berbanding dengan kaedah standard.

Ciri-ciri kajian: melalui carian penulisan ilmiah yang dikemas kini sehingga September 2019, kami menjumpai tujuh kajian yang menguji kesan pemerkayaan susu ibu yang disasarkan atau boleh diubahsuai berbanding dengan pengukuhan standard pada bayi pramatang, menjadikan hasil lapan penerbitan (521 jumlah peserta mengambil bahagian dalam kajian ini). Satu kajian yang diterbitkan setelah pencarian penulisan ilmiah kami selesai adalah menunggu klasifikasi.

Hasil utama: pengukuhan yang disasarkan atau boleh diubahsuai meningkatkan pertumbuhan jangka pendek berbanding dengan pengukuhan standard pada bayi pramatang. Menentukan cara terbaik untuk menyesuaikan penyusuan susu ibu adalah perlu, seperti menjelaskan keselamatan dan kesannya terhadap hasil klinikal yang lain.

Kepastian bukti: keseluruhan adalah rendah kepada sederhana. Kepastian yang sederhana bermaksud bahawa kesan sebenar pengukuhan individu terhadap pertumbuhan bayi pramatang berkemungkinan hampir dengan hasil tinjauan ini tetapi ada kemungkinan juga ia berbeza dengan ketara. Kepastian yang rendah bermakna kesan sebenar mungkin sangat berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh ulasan ini. Kepastian yang sangat rendah bermaksud bahawa kesan sebenar pengukuhan individu terhadap pertumbuhan bayi pramatang berkemungkinan jauh berbeza dengan hasil tinjauan ini. Kepastian bukti diturunkan paling kerap dalam tinjauan ini disebabkan oleh bilangan peserta yang sedikit dalam kajian yang disertakan dan perbezaan yang signifikan dalam reka bentuk kajian dan ukuran hasil di antara kajian yang disertakan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (USM). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information