Terapi manual dan senaman untuk merawat siku tenis

Mesej utama

Berbanding dengan terapi manual plasebo (palsu), terapi manual untuk siku tennis boleh mengurangkan sakit dan ketidakupayaan pada hujung rawatan. Kesan-kesan jangka panjang tidak diketahui.

Berbanding dengan sedikit atau tiada rawatan, terapi manual, senaman yang ditetapkan, atau kedua-duanya, boleh mengurangkan sedikit kesakitan, dan ketidakupayaan, dan menyebabkan sedikit sehingga tiada peningkatan dalam kualiti hidup dan kejayaan rawatan. Kami kurang pasti sekiranya lebih banyak orang mempunyai kesan-kesan sampingan daripada rawatan.

Apakah siku tenis?

Siku tenis (juga disebut 'sakit siku sisi') boleh timbul secara spontan atau berikutan penggunaan lengan bawah yang berlebihan. Ia menyebabkan kesakitan pada bahagian luar siku, selalunya dengan pergerakan yang melibatkan pergerakan mengangkat dan mencengkam.

Bagaimanakah siku tenis dirawat?

Fisioterapi dan yang lain biasanya memberikan terapi manual dan menetapkan senaman untuk orang dengan kesakitan siku tenis. Terapi manual melibatkan pergerakan sendi atau otot oleh terapi. Senaman yang ditetapkan dilaksanakan oleh pesakit di bawah penyeliaan atau di rumah. Rawatan biasa lain termasuk ubat penahan sakit dan anti-radang dan suntikan glukokortikoid.

Apakah yang ingin kami ketahui?

Manfaat dan kemudaratan terapi manual dan senaman untuk orang dewasa dengan kesakitan siku tenis.

Apakah yang telah kami lakukan?

Kami telah mencari kajian terapi manual, senaman yang ditetapkan, atau kedua-duanya, berbanding dengan plasebo atau rawatan minimum (contohnya nasihat). Kami juga telah menyertakan kajian yang membandingkan terapi manual dan menyertakan senaman sama ada dengan intervensi sahaja, dengan atau tanpa suntikan glukokortikoid (steroid). Kami telah mengekstrak data tentang kesakitan, ketidakupayaan, kualiti hidup, kejayaan rawatan dan peristiwa buruk, dan menaksir sejauh mana kami yakin dengan keputusannya.

Apakah yang telah kami temui?

Kami telah menemui 23 kajian yang melibatkan 1612 peserta. Umur puratanya antara 38 hingga 52 tahun dan 47% peserta adalah wanita.

• 1 kajian (23 peserta) telah membandingkan terapi manual kepada terapi manual plasebo.

• 12 kajian (1124 peserta) membandingkan terapi manual, senaman yang ditetapkan atau kedua-duanya kepada rawatan minimum.

• 6 kajian (228 peserta) telah membandingkan terapi manual kepada senaman yang ditetapkan sahaja.

• 1 kajian (60 peserta) telah membandingkan penambahan terapi manual kepada senaman yang ditetapkan dan suntikan glukokortikoid.

• 4 kajian (177 peserta) telah membandingkan terapi manual, senaman yang ditetapkan atau kedua-duanya dan suntikan glukokortikoid kepada suntikan glukokortikoid sahaja.

Keputusan utama

Terapi manual dibandingkan dengan terapi manual plasebo:

Kesakitan diukur dengan skala 0 sehingga 10 mata (mata lebih rendah bermaksud kurang sakit) pada hujung rawatan.
• Orang yang telah menjalani terapi manual, senaman yang ditetapkan atau kedua-duanya telah menilai kesakitan mereka pada 2 mata.
- Pesakit yang telah mendapat terapi manual plasebo telah menilai kesakitan mereka pada 4.1 mata.

Ketidakupayaan telah diukur dengan skala 0- sehingga 100- mata (mata lebih rendah bermakna kurang ketidakupayaan) pada hujung rawatan.
• Orang yang telah mempunyai terapi manual, senaman yang ditetapkan atau kedua-duanya telah menilai ketidakupayaan mereka padai 15 mata.
• Orang yang telah menerima terapi manual plasebo telah menilai tahap ketidakupayaan mereka pada 40 mata.

Tiada hasil yang lain yang telah diukur, dan tiada hasil telah dikumpulkan selepas hujung rawatan.

Terapi manual, senaman yang ditetapkan, atau kedua-duanya, dibandingkan dengan rawatan minimum:

Kesakitan diukur dengan skala 0 sehingga 10 mata (mata lebih rendah bermaksud kurang sakit) pada hujung rawatan.
• Orang yang telah menjalani terapi manual, senaman yang ditetapkan atau kedua-duanya telah menilai kesakitan mereka pada 4.6 mata.
• Orang yang telah mempunyai rawatan minimum telah menilai kesakitan mereka pada 5.1 mata.

Ketidakupayaan telah diukur dengan skala 0- sehingga 100- mata (mata lebih rendah bermakna kurang ketidakupayaan) pada hujung rawatan.
• Orang yang telah mempunyai terapi manual, senaman yang ditetapkan atau kedua-duanya telah menilai ketidakupayaan mereka pada 58.8 mata.
• Orang yang telah mempunyai rawatan minimum telah menilai ketidakupayaan mereka pada 63.8 mata.

Kualiti hidup telah diukur dalam skala 0- hingga 100- mata (mata yang lebih tinggi menunjukkan kualiti hidup yang lebih baik) pada hujung rawatan.
• Orang yang telah mempunyai terapi manual, senaman yang ditetapkan atau kedua-duanya telah menilai menilai kualiti hidup mereka padai 67.5 mata.
• Orang yang mempunyai rawatan minimum menilai kualiti hidup mereka pada 73.0 mata.

Rawatan berjaya telah dinilai oleh peserta pada hujung rawatan.
• 571 daripada 1000 orang telah melaporkan rawatan berjaya dengan terapi manual, senaman ditetapkan, atau kedua-duanya.
• 420 daripada 1000 orang telah melaporkan rawatan berjaya dengan rawatan minimum.

Penarikan diri oleh peserta telah diukur pada hujung kajian.
• 126 daripada 1000 orang yang menerima terapi manual, latihan yang ditetapkan, atau kedua-duanya, menarik diri dari kajian.
• 147 daripada 1000 orang yang menerima rawatan minimum menarik diri dari kajian.

Peristiwa-peristiwa buruk telah diukur selepas rawatan.
• 313 daripada 1000 orang telah melaporkan peristiwa-peristiwa buruk dengan terapi manual, senaman yang ditetapkan, atau kedua-duanya.
• 85 daripada 1000 orang telah melaporkan peristiwa-peristiwa buruk dengan rawatan minimum.

Tiada peristiwa-peristiwa buruk serius yang telah dilaporkan.

Apakah batasan bukti?

Untuk kebanyakan penemuan, kami mempunyai keyakinan rendah disebabkan oleh bilangan peserta atau peristiwa-peristiwa yang kecil. Terapi manual dan senaman yang ditetapkan boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakupayaan secara sedikit dalam orang dengan kesakitan siku tenis, dengan sedikit atau tiada manfaat untuk kualiti hidup dan rawatan yang berjaya. Kesan-kesan mungkin tidak berkekalan. Kami kurang yakin dengan risiko peristiwa-peristiwa buruk atau penarikan diri daripda rawatan disebabkan oleh bilangan peristiwa yang kecil.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti ini terkini sehingga 31 Januari 2024.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemahkan oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Bin Che Hamzah (USM).

Tools
Information