Kesan vitamin D terhadap pertumbuhan linear dan hasil-hasil kesihatan lain dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun

Latar belakang

Vitamin D adalah nutrien penting yang memainkan peranan utama dalam kesihatan tulang. Kekurangan vitamin D juga dikaitkan dengan hasil kesihatan yang tidak berkaitan dengan tulang seperti pertumbuhan. Pertumbuhan yang terbantut dan lemah dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun tetap menjadi cabaran global utama. Literatur sebelumnya menunjukkan bahawa tahap vitamin D darah dikaitkan dengan pertumbuhan yang terbantut dan lemah. Kami meneliti bukti mengenai suplemen vitamin D dan kemungkinan kesannya terhadap pertumbuhan linear. Kami juga meneroka hasil lain yang berkaitan dengan status vitamin D, termasuk kesan buruk.

Ciri-ciri kajian

Kami memasukkan 187 laporan yang mewakili 75 kajian (12,122 peserta), yang paling kerap dilakukan di India, Amerika Syarikat, dan Kanada, di antara kanak-kanak di bawah usia lima tahun. Di samping itu, 33 kajian diklasifikasikan sebagai sedang dijalankan (sedang berlangsung) dan 21 kajian sebagai 'menunggu klasifikasi' kerana tidak memberikan maklumat yang cukup untuk dikategorikan sebagai termasuk, sedang dijalankan, atau dikecualikan. Perbandingannya termasuk suplemen oral vitamin D berbanding plasebo (pil dummy) atau tanpa intervensi; vitamin D dengan dos yang lebih tinggi berbanding vitamin D dengan dos yang lebih rendah; vitamin D ditambah mikronutrien (vitamin atau mineral atau kedua-duanya) berbanding dengan mikronutrien yang sama sahaja; dan vitamin D dengan dos yang lebih tinggi ditambah mikronutrien (vitamin atau mineral atau kedua-duanya) berbanding dengan vitamin D dos rendah ditambah mikronutrien yang sama. Dua kajian melaporkan pembiayaan untung, dua dikategorikan sebagai dana campuran (bukan keuntungan dan untuk keuntungan, lima melaporkan bahawa mereka tidak menerima dana, 26 tidak mendedahkan sumber pendanaan, dan kajian selebihnya disokong oleh pembiayaan bukan keuntungan.

Penemuan utama

Suplemen dengan vitamin D dibandingkan dengan plasebo atau tidak ada intervensi mungkin menyebabkan sedikit atau tidak ada perbezaan dalam perkembangan hiperkalsiuria. Ia mungkin meningkatkan kepanjangan atau ketinggian dibandingkan dengan usia anak, mungkin mempunyai sedikit atau tidak ada perbezaan terhadap pertumbuhan terbantut, dan mungkin membawa sedikit atau tidak ada perbezaan terhadap panjang atau tinggi anak. Tidak dapat dipastikan sama ada vitamin D jika dibandingkan dengan plasebo atau tidak ada intervensi memberi kesan kepada perkembangan hiperkalsemia.

Tambahan dengan dos vitamin D yang lebih tinggi dibandingkan dengan dos vitamin D yang lebih rendah mungkin menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan terhadap panjang atau tinggi berdasarkan umur anak dan perkembangan hiperkalsiuria, atau hiperkalsemia; dan kami tidak pasti mengenai kesan vitamin D dengan dos yang lebih tinggi terhadap pertumbuhan linear.

Suplemen dengan dos vitamin D yang lebih tinggi bersama dengan mikronutrien (vitamin atau mineral, atau kedua-duanya) berbanding dengan dos vitamin D yang lebih rendah dan mikronutrien yang sama mungkin menyebabkan sedikit atau tidak ada perbezaan dalam pertumbuhan linear pada kanak-kanak di bawah usia lima tahun dan perkembangan hiperkalsemia , dan mungkin membawa sedikit atau tidak ada perbezaan dalam perkembangan hypercalciuria.

Kesimpulan

Bukti semasa menunjukkan bahawa vitamin D mungkin sedikit meningkatkan skor z-panjang / tinggi-untuk-usia berbanding dengan plasebo; namun, kerana kualiti bukti, kami tidak pasti mengenai kesan sebenar vitamin D terhadap pertumbuhan linear atau kesan buruk di kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun berbanding dengan plasebo, tanpa intervensi, atau dos vitamin D yang lebih rendah, dengan atau tanpa mikronutrien.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Pang Zhi Chiing (RCSI & UCD Malaysia Campus, kelas siswazah 2020). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan in sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information