Rawatan jangka panjang untuk pesakit dengan kemurungan berterusan

Mengapakah ulasan ini penting?

Kegangguan kemurungan yang berterusan untuk sekurangnya dua tahun menyebabkan masalah yang besar. Walaupun selepas rawatan yang berjaya, ia sering berulang. Rawatan lazim adalah ubat antidepresan dan rawatan psikologi (terapi bercakap), atau gabungan kedua-dua. Rawatan jangka panjang patut mencegah pengulangan simptom kemurungan.

Siapakah yang akan berminat dengan ulasan ini?

- Pesakit dengan kemurungan berterusan (lebih daripada dua tahun), kawan, ahli keluarga, dan penjaga.

- Pengamal am, ahli psikiatri, ahli psikologi klinikal, ahli terapi psikologi, dan ahli farmasi.

Apakah soalan yang cuba dijawab oleh ulasan ini?

Dalam orang dewasa dengan kemurungan berterusan yang bertambah baik dengan rawatan akut (jangka pendek):

- Adakah penerimaan rawatan antidepresan berterusan, rawatan psikologi, atau kombinasi kedua-duanya lebih berkesan mencegah berulangnya kemurungan berbanding penerimaan plasebo (rawatan palsu) atau penjagaan lazim?

- Adakah penerimaan rawatan antidepresan berterusan, rawatan psikologi, atau gabungan kedua-dua diterima dengan sama daripada penerimaan plasebo atau penjagaan lazim?

- Adakah satu rawatan lebih berkesan atau diterima daripada yang lain?

Apakah kajian yang termasuk dalam ulasan?

Kami mencari pangkalan data perubatan dan sumber lain untuk kajian-kajian yang relevan sehingga September 2018. Kajian-kajian tersebut perlu membandingkan rawatan antidepresan, rawatan psikologi, atau gabungan kedua-duanya, dengan satu sama lain, dengan plasebo, atau penjagaan lazim untuk mencegah berulangnya kemurungan dalam kalangan orang dewasa yang didiagnos dengan kemurungan berterusan. Kami masukkan 10 kajian yang melibatkan 840 peserta. Lima kajian membandingkan ubat antidepresan dengan plasebo.

Satu kajian membandingkan terapi psikologi dengan plasebo perhatian/kawalan tanpa spesifik. Satu kajian membandingkan psikoterapi dengan ubatan. Tiga kajian membandingkan gabungan terapi psikologi dan farmakologi dengan terapi farmakologi sahaja. Satu kajian membandingkan gabungan terapi psikologi dan farmakologi dengan terapi psikoterapeutik sahaja.

Dua kajian membandingkan dua antidepresan berbeza dengan satu sama lain.

Secara keseluruhannya, kajian-kajian yang dimasukkan dianggap berisiko sederhana untuk bias.

Apakah maklumat yang diperolehi daripada bukti ulasan ini?

Berdasarkan kepada GRADE, buktu berkualiti sederhana wujud bahawa peserta yang mengambil rawatan ubat mungkin mengalami lebih kurang kembali/pengulangan dan mungkin mempunyai peninggalan yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo. Risiko kemurungan kembali dalam peserta yang menerima plasebo (dan bukannya ubat antidepresan) adalah 34%. Dalam perbandingan, peserta yang kekal dengan ubat antidepresan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk pengulangan sebanyak 13%. Rawatan berterusan berjalan antara empat bulan dan dua tahun. Antidepresan sama diterima bagus dengan plasebo. Namun, kerana kebanyakan kajian yang dimasukkan menunjukkan risiko bias dan sesetengah keputusan yang tidak konsisten antara kajian berbeza, kesimpulan yang pasti tidak boleh dibuat sama ada farmakoterapi berterusan atau kekal (atau kedua-duanya) merupakan rawatan yang meyakinkan untuk pesakit dengan PDD. Sebagai tambahan, kerana kajian atas kesan jangka panjang ubatan tidak mencukupi, cadangan atas tempoh yang diperlukan untuk rawatan ubat tidak boleh dibuat.

Manfaat terapi psikologi atau rawatan gabungan adalah tidak jelas, disebabkan oleh bilangan kajian yang kecil.

Apa yang sepatutnya berlaku selepas ini?

Ulasan ini tidak boleh memberikan bukti jelas dan pasti mengenai sama ada ubat antidepresan berterusan (berbanding dengan tablet plasebo) mengurangkan risiko pengulangan kemurungan dalam orang dewasa dengan kemurungan berterusan. Namun, hanya beberapa kajian telah dijalankan. Kajian lanjutan patut menujukan perhatian terhadap rawatan psikologi dan jangka panjang gabungan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save