Larvisid untuk mengawal malaria

Apakah tujuan ulasan ini?

Larvisid ialah penggunaan tetap racun mikrob atau serangga kimia kepada jasad-jasad air atau bekas-bekas air. Tujuan larvisid adalah untuk mengurangkan populasi nyamuk dewasa dengan membunuh jentik-jentik akuatik yang belum matang, supaya makin kurang yang akan berkembang menjadi dewasa. Ini sepatutnya mengurangkan bilangan nyamuk yang menggigit dan menjangkiti manusia dengan malaria.

Mesej-mesej utama

Kesemua empat kajian yang termasuk dalam ulasan ini melaksanakan larvisid secara manual. Penggunaan larvisid dengan tangan di habitat-habitat nyamuk kecil mungkin berkesan dalam mencegah malaria. Hanya satu kajian telah dijalankan di kawasan yang mana habitat larva merangkumi kawasan yang besar dan kajian ini mendapati larvisid adalah tidak berkesan.

Apa yang dikaji dalam ulasan ini?

Kami mencari kajian-kajian yang menilai impak larvisid, menggunakan agen mikrob atau racun serangga kimia dalam transmisi malaria. Kami mengambil kira kesan-kesan kepada hasil kesihatan manusia dan kepada populasi nyamuk.

Apakah keputusan-keputusan utama ulasan ini?

Bukti daripada tiga kajian menunjukkan bahawa larvisid boleh mengurangkan sekurang-kurangnya satu keputusan penyakit malaria dalam beberapa kajian, dan ini adalah dalam kawasan yang mana habitat akuatik nyamuk adalah kurang daripada 1 km2 (bukti kepastian rendah). Kami tidak tahu jika larvisid dalam jasad-jasad air yang besar menunjukkan kesan kepada malaria berdasarkan keputusan daripada satu kajian di Gambia (bukti kepastian yang sangat rendah).

Adakah ulasan ini terkini?

Kami mencari kajian-kajian yang berkaitan sehingga 6 Jun 2019.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Fairuz Fadzilah Rahim (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi fairuzfr@yahoo.com

Tools
Information