Pita kinesio untuk penyakit rotator cuff

Soalan ulasan

Untuk menentukan faedah dan kemudaratan pita kinesio (KT) pada orang dewasa dengan sakit bahu seperti sindrom himpitan, penyakit rotator cuff dan tendinopati kalsifik.

Latar belakang

KT adalah salah satu rawatan konservatif yang dicadangkan untuk penyakit rotator cuff. KT adalah pita elastik, berpelekat, bebas getah yang diperbuat daripada kapas, tanpa agen farmakologi aktif. Doktor telah menggunakannya dalam rawatan pemulihan bagi keadaan yang menyakitkan, namun, tidak ada bukti kukuh mengenai manfaatnya.

Ciri-ciri kajian

Kami memasukkan 23 kajian terkawal dengan 1054 peserta. Sembilan kajian (312 peserta) menilai keberkesanan terapi KT berbanding terapi palsu (iaitu pita kinesio palsu) dan empat belas kajian (742 peserta) menilai keberkesanan KT berbanding rawatan konservatif lain (contohnya, pita konvensional, terapi fizikal, senaman, suntikan glukokortikoid, ubat oral). Kebanyakan peserta berumur antara 18 dan 50 tahun. Wanita merupakan 52% daripada sampel.

Keputusan utama

Perbandingan 1. Pita kinesio berbanding terapi palsu

Kesakitan keseluruhan (skor lebih rendah bermakna kurang sakit):

bertambah buruk sebanyak 0.7% (9% lebih teruk sehingga 7.7% lebih baik), atau 0.07 mata pada skala sifar hingga 10

• Orang yang mendapat rawatan palsu menilaikan kesakitan mereka sebagai 2.96 mata.

• Orang yang mendapat pita kinesio menilai keseluruhan kesakitan mereka sebagai 3.03 mata.

Fungsi (0 hingga 100; skor yang lebih rendah bermakna fungsi yang lebih baik):

penambahbaikan sebanyak 8% (5% lebih teruk sehingga 21% lebih baik), atau 8.05 mata pada skala sifar hingga 100

• Orang yang mendapat rawatan palsu menilaikan fungsi mereka sebagai 47.10 mata.

• Orang yang mendapat pita kinesio menilai fungsi mereka sebagai 39.05 mata.

Kesakitan ketika bergerak (skala 0 hingga 10; skor yang lebih rendah bermaksud kurang sakit):

penambahbaikan sebanyak 14.8% (7.1% sehingga 22.5% lebih baik) atau 1.48 mata pada skala sifar hingga 10

• Orang yang mendapat rawatan palsu menilaikan kesakitan ketika bergerak mereka sebagai 4.39 mata.

• Orang yang mendapat pita kinesio menilai kesakitan ketika bergerak mereka sebagai 2.91 mata.

Julat pergerakan aktif (AROM) (abduksi bahu) tanpa rasa sakit (diukur dalam darjah 0-180):

penambahbaikan sebanyak 5.7% (8.9% lebih teruk kepada 20.3% lebih baik) atau 10.23 darjah lebih tinggi

• AROM bebas kesakitan adalah 174.2 darjah pada orang yang mendapat rawatan palsu.

• AROM bebas kesakitan adalah 184.43 darjah pada orang yang menggunakan pita kinesio.

Penilaian global mengenai kejayaan rawatan:

tiada kajian melaporkan hasil tersebut.

Kualiti hidup:

satu kajian melaporkan data yang dikumpulkan dalam subskala.

Kejadian buruk:

tidak ada anggaran yang boleh dipercayai untuk kejadian buruk (4 kajian) yang dapat diberikan kerana penerangan kejadian yang heterogen.

Perbandingan 2. Pita kinesio berbanding rawatan konservatif

Kesakitan keseluruhan (skor lebih rendah bermakna kurang sakit):

penambahbaikan sebanyak 4.4% (4.6% lebih teruk sehingga 13% lebih baik), atau 0.44 mata pada skala sifar hingga 10

• Orang yang mendapat rawatan konservatif menilaikan kesakitan mereka sebagai 0.9 mata.

• Orang yang mendapat pita kinesio menilai kesakitan mereka sebagai 0.46 mata.

Fungsi (0 hingga 100; skor yang lebih rendah bermakna fungsi yang lebih baik):

penambahbaikan sebanyak 13% (2% sehingga 24% lebih baik) atau 13.13 mata pada skala sifar hingga 100

• Orang yang mendapat rawatan konservatif menilaikan fungsi mereka sebagai 46.6 mata.

• Orang yang mendapat pita kinesio menilai fungsi mereka sebagai 33.47 mata.

Kesakitan ketika bergerak (skala 0 hingga 10; skor yang lebih rendah bermaksud kurang sakit):

penambahbaikan sebanyak 0.6% (7% lebih teruk sehingga 8% lebih baik) atau 0.06 mata pada skala sifar hingga 10

• Orang yang mendapat rawatan konservatif menilaikan kesakitan ketika bergerak mereka sebagai 4 mata.

• Orang yang mendapat pita kinesio menilai kesakitan ketika bergerak mereka sebagai 3.94 mata.

Julat pergerakan aktif (AROM) (abduksi bahu) tanpa rasa sakit (diukur dalam darjah 0-180):

penambahbaikan sebanyak 3% (11% lebih teruk kepada 17% lebih baik) atau 3.04 darjah lebih tinggi pada skala 0–180°

• AROM bebas kesakitan adalah 156.6 darjah pada orang yang mendapat rawatan konservatif.

• AROM bebas kesakitan ialah 159.64 darjah pada orang yang menggunakan pita kinesio.

Penilaian global mengenai kejayaan rawatan:

tiada kajian melaporkan hasil tersebut.

Kualiti hidup (Kaji Selidik Ringkas 12-Perkara-, skor lebih tinggi bermakna kualiti hidup lebih baik):

penambahbaikan sebanyak 18.7% (14.48% sehingga 22.92% lebih baik) atau 18.7 mata

• Orang yang mendapat rawatan konservatif menilaikan kualiti hidup mereka sebagai 37.94 mata.

• Orang yang mendapat pita kinesio menilai kualiti hidup mereka sebagai 56.64 mata.

Kejadian buruk:

Tidak ada anggaran yang boleh dipercayai untuk kejadian buruk (7 kajian) yang dapat diberikan kerana penerangan kejadian yang heterogen.

Kualiti bukti

Berdasarkan bukti berkualiti rendah secara keseluruhan, KT untuk penyakit rotator cuff mempunyai kesan yang tidak pasti pada rasa sakit, fungsi, kesakitan pada pergerakan dan julat pergerakan yang aktif jika dibandingkan dengan pita palsu atau rawatan konservatif yang lain. Bukti berkepastian rendah menunjukkan bahawa pita kinesio mungkin menambahbaik kualiti hidup jika dibandingkan dengan rawatan konservatif. Bukti mengenai kejadian buruk adalah jarang dan tidak pasti kerana kadar kejadian yang rendah, oleh itu, kami tidak dapat memperoleh anggaran yang boleh dipercayai mengenai risiko kejadian ini dari kajian dalam ulasan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Syed Amirfaiz (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information