Penyekat beta berbanding dengan plasebo atau tanpa intervensi untuk pesakit yang disyaki atau didiagnosis infarksi miokardium

Latar belakang

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 7.4 juta orang meninggal akibat penyakit jantung iskemik pada tahun 2012, mewakili 15% daripada semua kematian global. Peranan rawatan akut atau subakut dengan penyekat beta pada orang yang disyaki atau didiagnosis dengan serangan jantung, terletak pada perencatan mereka yang dikenali sebagai beta-reseptor. Ini boleh mengakibatkan penurunan permintaan oksigen di jantung. Oleh itu, perencatan beta-reseptor mungkin atau tidak dapat mengurangkan komplikasi yang berkaitan dengan serangan jantung.

Soalan ulasan

Tujuan ulasan Sistematik Cochrane ini adalah untuk menilai faedah dan bahaya penyekat beta pada orang yang disyaki atau didiagnosis akut miokardium akut (serangan jantung).

Tarikh carian

Kami mencari pangkalan data saintifik dari permulaan mereka hingga Jun 2019.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati 63 kajian klinikal rawak di mana orang dengan atau disyaki serangan jantung telah diperuntukkan secara rawak untuk menerima penyekat beta berbanding plasebo atau tanpa intervensi. 63 kajian termasuk 85,550 orang dewasa dengan usia purata 57.4 tahun. Hanya satu kajian berisiko berat sebelah yang rendah. Kajian yang selebihnya adalah berisiko berat sebelah yang tinggi. Kualiti bukti adalah pelbagai dari sangat rendah hingga tinggi berdasarkan GRADE. Lima puluh enam kajian memulakan penyekat beta berbanding dengan kawalan semasa fasa akut infark miokardium akut dan tujuh kajian semasa fasa subakut.

Sumber dana kajian

Kami mendapati 33 kajian yang dibiayai sepenuhnya atau sebahagiannya oleh industri, 20 kajian yang tidak melaporkan sumber pembiayaan mereka, dan 10 kajian yang dibiayai oleh sumber lain daripada industri.

Keputusan utama dan kesimpulan

Ulasan terkini kami menunjukkan bahawa orang yang menerima penyekat beta berbanding dengan orang yang menerima plasebo atau tiada intervensi nampaknya mempunyai risiko yang lebih rendah untuk serangan jantung baru dalam fasa akut selepas serangan jantung. Orang yang menerima penyekat beta juga kelihatan berisiko mati yang lebih rendah akibat dari sebarang punca dan dari sebarang masalah jantung pada tempoh susulan jangka panjang selepas serangan jantung. Walau bagaimanapun, orang yang menerima penyekat beta nampaknya tidak mempunyai risiko mati yang lebih rendah atau lebih tinggi akibat sebarang sebab atau dari sebarang punca jantung dalam fasa akut selepas serangan jantung. Kesan penyekat beta pada semua hasil yang baki (keadaan buruk yang serius mengikut Persidangan Antarabangsa mengenai Harmonisasi - Amalan Klinikal yang Baik, peristiwa kardiovaskular yang buruk (komposit mati akibat masalah jantung dan serangan jantung bukan disebabkan oleh mati), serangan jantung baru pada tempoh susulan jangka panjang, kualiti hidup, dan angina) tidak menentu kerana data tidak ada atau jarang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save