Beta-blockers berbanding plasebo atau tiada intervensi untuk profilaksis primer varises oesofagus pada kanak-kanak

Latar belakang

Hipertensi portal didefinisikan sebagai peningkatan tekanan darah dalam sistem vena (sejenis saluran darah) yang disebut sistem vena portal. Sistem ini mengalirkan darah dari saluran gastrointestinal (usus) dan limpa ke hati. Hipertensi portal adalah antara komplikasi penyakit hati yang teruk dan sering menimbulkan komplikasi yang mengancam nyawa, ini termasuk pendarahan dari salur vena yang membengkak yang dipanggil varices atau kantung. Varices atau kantung ini berada di dalam oesophagus iaitu salur makanan yang menghubungkan bahagian tekak ke perut dan juga didalam usus itu sendiri. Trombosis vena Portal (penyakit vaskular hati) berlaku apabila gumpalan darah tersekat di vena portal hepatik iaitu sistem vena utama hati. Trombosis vena portal mengakibatkan hipertensi atau tekanan darah yang tinggi didalam sistem portal yang membawa kepada pembentukan varises (contohnya di dalam oesophagus atau perut).

Dikalangan orang dewasa, banyak ujian klinikal secara rawak (kajian di mana seseorang secara rawak dimasukkan ked alam salah satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan) telah menunjukkan keberkesanan ubat-ubatan yang disebut beta-blocker bukan selektif dalam mengurangkan risiko pendarahan kantung/varices kali pertama. Intervensi pencegahan ini telah menjadi standard yang ditetapkan pada orang dewasa. Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada intervensi pencegahan ini bermanfaat atau menyebabkan kemudaratan jika digunakan pada kanak-kanak dan remaja.

Matlamat
Kami mahu menilai faedah dan juga bahaya beta-blocker berbanding plasebo atau tidak ada intervensi untuk pencegahan pendarahan varises esofagus pada kanak-kanak dengan penyakit hati kronik atau trombosis vena portal. Kami mencari kajian-kajian sehingga April 2020.

Keputusan utama
Kami tidak menemui ujian klinikal secara rawak untuk disertakan dalam ulasan sistematik ini. Oleh itu, kami tidak dapat membuat kesimpulan sama ada beta-blocker, jika dibandingkan dengan plasebo atau tidak ada intervensi, mungkin bermanfaat atau tidak untuk kanak-kanak dengan varises esofagus. Terdapat keperluan untuk ujian klinikal rawak yang lebih besar dan dirancang dengan baik yang melihat kepada hasil klinikal yang penting, seperti kematian, kualiti hidup, kegagalan mengawal pendarahan, dan kejadian buruk.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information