Terapi Avatar untuk skizofrenia atau kecelaruan yang berkaitan

Soalan ulasan

Adakah terapi Avatar merupakan rawatan tambahan yang berkesan untuk penghidap skizofrenia dan kecelaruan skizoafektif?

Latar belakang

Halusinasi pendengaran adalah menerima aura suara apabila tidak ada rangsangan luaran. Kira-kira 70% pengidap skizofrenia mengalami situasi ini. Ubat mungkin boleh membantu menyebabkan ianya berkurang atau hilang. Walau bagaimanapun, sebilangan orang tidak mahu mengambil ubat, ada juga dalam sebilangan orang, ianya mempunyai sedikit kesan yang bermakna. Terapi Avatar adalah teknologi eksperimen yang menggunakan input avatar visualisasi wajah, suara dan deria lain untuk mewujudkan persekitaran berkomputer yang interaktif. Kami menyiasat kesan Terapi Avatar untuk meningkatkan halusinasi pendengaran bagi penghidap skizofrenia.

Carian

Pakar Maklumat Cochrane Schizophrenia mencari melalui pangkalan data Cochrane Schizophrenia Group untuk ujian rawak (kajian klinikal di mana orang dimasukkan secara rawak ke dalam salah satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan) pengidap skizofrenia yang menerima sama ada Terapi Avatar atau rawatan seperti biasa. Kami menemui 14 laporan dari empat kajian.

Bukti terkini adalah sehingga April 2020.

Ujikaji

Empat kajian memenuhi kriteria kemasukan kami, tiga di antaranya menyediakan data yang boleh digunakan dan satu masih dalam proses. Kebolehpercayaan bukti untuk ketiga kajian tersebut adalah sangat rendah hingga rendah . Semua data terhad kepada rawatan enam minggu dan satu minggu ulang-temu dan, dalam beberapa kes, data tidak dapat digunakan (kami menghubungi penulis). Semua data yang dilaporkan hanya untuk jangka masa percubaan jangka pendek dan jelas bahawa kami memerlukan lebih banyak kajian dengan jangka masa sederhana hingga panjang untuk dapat menganggarkan kadar keberkesanan Terapi Avatar.

Kesimpulan

Tiga kajian jangka pendek dengan 195 peserta dimasukkan dalam tinjauan ini. Terapi Avatar dibandingkan dengan rawatan seperti biasa dan kaunseling yang menyokong. Bukti dari percubaan itu tidak berkualiti. Walaupun terdapat beberapa cadangan kesan positif, kerana makna yang tidak jelas untuk rawatan lini depan, dan risiko berat sebelah yang besar dari setiap hasilnya, kami tidak dapat memastikan kesannya. Terdapat risiko Terapi Avatar yang sama besarnya sehingga menimbulkan masalah kepada orang lain. Lebih banyak ujikaji diperlukan, dan mereka yang menjalankannya harus bekerjasama, bekerjasama dengan semua yang terlibat untuk memilih hasil yang bererti dalam kehidupan seharian, dan merancang kajian yang akan memberikan maklumat yang jelas dari bulan ke tahun bagi sesiapa yang berminat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (Unuversiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save