Mesej-mesej utama
Kami sangat tidak pasti sama ada menambah terapi fotodinamik antimikrob (aPDT) kepada rawatan standard mempunyai sebarang manfaat-manfaat penting untuk orang dewasa dengan penyakit gusi apabila dibandingkan dengan rawatan biasa sahaja.
Apakah penyakit gusi di sekitar gigi asli dan sekitar implan pergigian?
Simptom-simptom penyakit gusi (periodontal) termasuk pendarahan gusi, pembengkakan gusi dan nafas berbau. Jangkitan tersebut boleh merosakkan tisu-tisu lembut di sekitar gigi, dan dalam sesetengah kes orang boleh kehilangan gigi mereka. Banyak orang dengan implan pergigian (gigi palsu yang dilekatkan pada gusi) akan terjejas disebabkan oleh penyakit di sekitar implan.
Bagaimanakah penyakit gusi dirawat?
Selain nasihat untuk memberus gigi dua kali sehari dan menggunakan flos di antara gigi secara kerap, orang mungkin memerlukan rawatan untuk penyakit gusi daripada doktor pergigian mereka. Rawatan periodontal standard termasuk pengikisan sebarang bakteria daripada kawasan mulut yang dijangkiti dengan menggunakan instrumen tangan atau pacuan kuasa instrumen. Orang juga perlu mengambil antibiotik, bukan disebabkan oleh peningkatan rintangan bakteria terhadap antibiotik, rawatan-rawatan tambahan alternatif boleh membantu.
Terapi fotodinamik antimikrobial (aPDT) menggabungkan pewarna penyerap cahaya (yang digunakan pada kawasan mulut yang terjejas selepas bakteria dikeluarkan) dan sumber cahaya (biasanya peranti laser diod bertenaga rendah).
Apakah yang kami ingin ketahui?
Kami ingin mengetahui sama ada sekiranya aPDT yang ditambah kepada rawatan standard adalah lebih efektif berbanding dengan rawatan standard untuk orang dengan penyakit gusi. Kami berminat dengan kesan-kesan jangka panjang penggunaan aPDT tambahan jadi kami telah melihat kepada keputusan enam bulan selepas rawatan. Kami telah melihat kepada perbezaan dalam kedalaman poket (ruang di sekitar gigi disebabkan oleh penyakit gusi), pendarahan (selepas pemproban secara lembut terhadap tapak yang terjejas), pelekatan gigi kepada tulang, jumlah gusi yang telah ditarik daripada gigi (resesi gusi) dan berapa banyak poket yang telah tutup selepas rawatan. Kami juga ingin mengetahui sama ada terdapat sebarang bahaya yang berkaitan dengan penggunaan aPDT.
Apakah yang telah kami lakukan?
Kami telah mencari kajian dalam orang dewasa dengan penyakit gusi atau gusi di sekitar implan pergigian. Kami telah menyertakan kajian-kajian yang telah membandingkan aPDT yang diberikan selepas rawatan standard berbanding dengan rawatan standard sahaja. Kami telah membandingkan dan merumuskan keputusan-keputusan berdasarkan sama ada rawatan yang telah diberikan kepada orang yang tidak pernah dirawat untuk penyakit gusi (rawatan aktif) atau orang yang telah menerima penjagaan yang berpanjangan (rawatan sokongan). Kami telah menilai tahap keyakinan kami dalam bukti berdasarkan faktor-faktor seperti kaedah-kaedah dan saiz-saiz kajian.
Apakah yang telah kami temui?
Kami telah menyertakan 50 kajian yang melibatkan 1407 orang dewasa. Dalam kebanyakan kajian, aPDT telah dijalankan dalam satu sesi. Dalam 11 kajian, orang yang mempunyai beberapa sesi aPDT (dua, tiga atau empat sesi). Kebanyakan kajian telah melibatkan bukan perokok. Tiada orang dalam kajian yang telah mengambil antibiotik dalam enam bulan sebelum mereka mendaftar dalam kajian. Satu kajian yang sangat kecil yang melibatkan orang yang mengalami pembengkakan di sekitar implan pergigian. Kesemua kajian yang lain telah melibatkan orang dengan penyakit gusi di sekitar gigi asli.
Apakah keputusan-keputusan utama?
Semasa rawatan aktif untuk penyakit gusi, kami kurang yakin sama ada penambahan aPDT mempunyai sebarang manfaat penting pada enam bulan dibandingkan dengan rawatan standard. Ini termasuk perubahan dalam kedalaman poket, pendarahan, pelekatan gigi kepada tulang dan resesi gusi.
Kami juga kurang pasti tentang penemuan untuk ukuran yang sama pada enam bulan semasa fasa sokongan rawatan penyakit gusi.
Dalam satu kajian, satu peserta telah mengalami abses (bengkak pada satu gigi), tetapi tidak jelas sama ada ia berkaitan dengan aPDT. Kajian-kajian yang lain telah mendapati tiada bahaya yang berkaitan dengan aPDT. Tiada kajian yang telah melaporkan maklumat tentang berapa banyak poket yang telah tutup enam bulan selepas rawatan.
Apakah batasan bukti?
Kami kurang yakin terhadap bukti disebabkan sesetengah kajian mungkin belum dijalankan dengan baik dan hanya menyertakan hanya beberapa bilangan orang yang sangat kecil. Kami juga telah menemui terdapat beberapa perbezaan antara keputusan-keputusan banyak kajian dan kami tidak dapat menjelaskan sebab variasi tersebut.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Bukti ini terkini sehingga 14 Februari 2024.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia).