Apakah ujian titik penjagaan pantas yang paling tepat untuk mengesan Chlamydia?

Soalan ulasan
Chlamydia trachomatis (C trachomatis) adalah jangkitan trannsmisi seksual yang lazim. Ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius jika tidak dirawat awal, tetapi ramai orang dengan C trachomatis tidak menyedari sebarang gejala dan perlu ujian air kencing atau swab untuk mengesahkan jangkitan. Ulasan ini bertujuan untuk mengetahui bagaimana kaedah ujian baharu yang tepat, seperti ujian titik penjagaan pantas (ujian pada masa dan tempat penjagaan pesakit) untuk diagnosis jangkitan C trachomatis.

Latar belakang
Terdapat kira-kira 90 juta kes jangkitan C trachomatis di seluruh dunia dan 3 juta kes setiap tahun dalam kalangan orang muda yang aktif seksual. Ujian titik penjagaan pantas boleh dilakukan dalam masa kurang dari 30 minit tanpa memerlukan peralatan yang mahal atau canggih. Kelebihan utama teknologi ini adalah paparan segera keputusan supaya rawatan boleh terus dimulakan.

Ciri-ciri kajian
Kami mencari bukti pada November 2019 dan mendapati 19 kajian yang relevan dengan 13,676 peserta, diterbitkan di antara 1999 dan 2016. Kajian-kajian ini membandingkan ketepatan ujian ‘piawai emas' (ujian amplifikasi asid nukleik (NAAT)) dengan sejumlah sembilan jenama yang berbeza bagi ujian titik penjagaan pantas.

Keputusan utama
Ulasan ini melihat ketepatan ujian titik penjagaan pantas untuk mendiagnosis jangkitan C trachomatis dalam kalangan wanita tidak hamil dan lelaki. Keputusan kami menunjukkan terdapat 42% hingga 62% kemungkinan keputusan ujian tidak tepat menunjukkan tiadajangkitan C trachomatis , dan hampir 2% peluang ujian tersebut tidak tepat menunjukkan jangkitan C trachomatis. Ini bermakna bagi setiap 1000 pesakit yang diuji, ujian titik penjagaan boleh gagal untuk mendiagnosis antara 420 hingga 620 orang, yang mungkin mendapat masalah kesihatan yang serius akibat diagnosis yang tidk tepat.

Kualiti bukti
Semua kajian yang disertakan menggunakan kaedah yang boleh dipercaya untuk melihat ujian, oleh itu kami fikir ia berkualiti tinggi. Walau bagaimanapun, di dalam beberapa kajian, kebanyakan peserta berisiko tinggi untuk jangkitan C trachomatis atau telah menunjukkan gejala, oleh itu kami tidak pasti bagaimana keputusan ini berguna untuk orang berisiko rendah tanpa menunjukkan gejala. Juga, beberapa kajian melaporkan keputusan yang sangat berbeza daripada yang lain, dan kami tidak dapat menjelaskan perbezaannya.

Kesimpulan
Jangkitan
C trachomatis berpotensi sangat serius oleh itu pihak pemberi kesihatan tidak patut bergantung kepada ujian titik penjagaan pantas untuk mendiagnosis jangkitanC trachomatis. Di masa akan datang, penyelidikan perlu menyiasat pelbagai teknologi.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information