Latihan pasukan obstetrik berasaskan simulasi untuk memperbaik hasil keseluruhan penjagaan kesihatan obstetrik

Untuk menentukan kesan latihan pasukan obstetrik berasaskan simulasi terhadap hasil pesakit, prestasi pasukan penjagaan obstetrik dalam persekitaran praktis dan pendidikan, dan pengalaman pelatih, apabila dibandingkan dengan tiada latihan atau latihan jenis lain.

Apakah isunya?

Kecemasan obstetrik adalah keadaan berkaitan kehamilan yang boleh mengancam kesejahteraan ibu dan bayi dalam kehamilan atau sekitar kelahiran. Kecemasan ini boleh berlaku pada bila-bila masa, menyebabkan tekanan tahap tinggi dengan keputusan berkepentingan tinggi, dan cabaran teknikal dan etika dalam penjagaan ibu dan anaknya. Faktor organisasi dan manusia dianggap sebagai sumber utama penjagaan yang boleh dicegah dan substandard. Latihan pasukan berasaskan simulasi berfokus pada pembinaan sistem yang menantikan kesalahan, memperbaiki dapatan pesakit dan prestasi pasukan penjagaan obstetrik.

Mengapakah ini penting?

Prestasi pasukan penjagaan obstetrik yang mencukupi adalah penting untuk pengurusan kecemasan obstetrik yang selamat. Prestasi pasukan penjagaan yang tidak mencukupi menyebabkan penjagaan substandard yang menyebabkan hasil yang buruk untuk ibu-ibu dan anak mereka. Latihan pasukan obstetrik berasaskan simulasi telah disarankan untuk memperbaiki keseluruhan hasil dan kualiti penjagaan kesihatan obstetrik. Keberkesanannya perlu dinilai.

Apakah bukti yang kami temui?

Pencarian dilakukan pada April 2020. Kami mengenal pasti lapan kajian rawak. Enam kajian rawak kluster membandingkan latihan pasukan obstetrik berasaskan simulasi dengan tiada latihan.

Kirkpatrick tahap 4 (hasil pesakit): latihan pasukan obstetrik berasaskan simulasi membuat sedikit atau tiada perbezaan untuk kombinasi peristiwa buruk pada ibu atau bayi. Kami tidak pasti sama ada latihan pasukan obstetrik berasaskan simulasi mempengaruhi risiko kematian untuk ibu. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengurangkan risiko kematian untuk bayi baru lahir. Latihan pasukan obstetrik berasaskan simulasi mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap skor Apgar yang rendah tetapi ia mungkin mengurangkan trauma selepas distosia bahu dan mungkin mengurangkan sedikit jumlah kelahiran caesar.

Kirkpatrick tahap 3 (prestasi dalam praktis): kami mendapati latihan pasukan obstetrik berasaskan simulasi mungkin meningkatkan prestasi pasukan obstetrik dalam praktis.

Apakah maksudnya?

Latihan pasukan obstetrik berasaskan simulasi mungkin bermanfaat untuk memperbaiki prestasi pasukan dan dapatan ibu dan perinatal yang khusus. Bukti berkepastian tinggi adalah kurang kerana terbatas dengan rekaan dan cara kajian dijalankan. Enam kajian dijalankan di negara berpendapatan tinggi (Belanda, UK, dan AS), dan dua kajian dijalankan di negara berpendapatan sederhana (Mexico). Ini bermakna kami tidak dapat menggabungkan semua data untuk mencapai kesimpulan yang kukuh. Kajian masa depan yang menyelidiki latihan pasukan obstetrik berasaskan simulasi berbanding reka bentuk kursus latihan yang berbeza perlu dipertimbangkan dengan berhati-hati bagi bagaimana dan bila untuk mengukur kesan intervensi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information