Pemantauan 'transcutaneous' karbon dioksida untuk mencegah morbiditi dan mortaliti neonatal

Soalan ulasan Kami mengkaji bukti mengenai kesan strategi yang berbeza untuk memantau karbon dioksida (CO2) dalam bayi baru lahir.Adakah penggunaan pemantauan transcutaneous CO2 meningkatkan 'survival' atau keterusan hidup dan hasil-hasil penting yang lain pada bayi baru lahir?

Latarbelakang. Pengukuran CO2 adalah suatu prosidur yang penting kerana paras CO2 yang abnormal mungkin membawa kesan mudarat kepada bayi baru lahir yang sakit.Terdapat tiga kaedah utama untuk menilai CO2: dalam gas darah arteri, dalam udara yang dihembuskan dari tubuh, dan melalui kulit, iaitu, transkutaneus. Yang terakhir adalah kurang invasif, dan membolehkan pemantauan berterusan. Bukti adalah terkini sehingga November 2015.

Ciri-ciri kajian dan keputusan. Tiada kajian dimasukkan dalam kajian semula ini, dan tiada kajian yang berterusan dikenal pasti.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College).Disunting oleh Gan Siew Hua (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information