Gel dextrose oral untuk rawatan bayi baru lahir dengan paras glukosa darah yang rendah

Soalan kajian: Bagi bayi baru lahir yang mangalami hipoglisemia (paras gula darah rendah), adakah gel dextrose oral lebih berkesan daripada plasebo, tiada rawatan atau rawatan aktif lain dalam membetulkan hipoglisemia dan mengurangkan kemerosotan perkembangan neuro dalam jangka masa panjang?

Latar Belakang: Paras glukosa darah yang rendah pada bayi yang baru lahir adalah biasa dan kerap berlaku dalam sesetengah kumpulan yang berisiko (bayi yang ibunya kencing manis, bayi pramatang, bayi yang kecil dan besar). Bayi yang mempunyai paras glukosa darah yang rendah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk masalah perkembangan dalam masa yang akan datang. Oleh itu, rawatan aktif biasanya digunakan untuk merawat bayi ini, dan rawatan ini sering memerlukan penggunaan susu formula atau kemasukan ke unit neonatal dan mengakibatkan pemisahan sementara daripada ibu.

Ciri-ciri Pengajian: Dua ujian setakat ini telah menilai penggunaan gel dextrose untuk mengubah paras glukosa darah yang rendah manakala bayi masih dalam penjagaan ibu; kajian-kajian ini melibatkan sejumlah 312 bayi.Penyiasat kajian menyapukan gel dextrose ke dalam bahagian dalam pipi bayi dan menyusukan bayi seperti biasa untuk 157 bayi ini, dan mengunakan gel plasebo serta penyusuan biasa, atau penyusuan biasa sahaja untuk 155 bayi. Para penyelidik melaporkan tiada kesan buruk apabila gel dextrose diberikan kepada bayi dan tiada kesan kepada perkembangan pada umur dua tahun.
Keputusan utama: Keputusan menunjukkan bahawa gel dextrose adalah berkesan dalam meletakkan ibu dan bayi bersama dan meningkatkan kadar penyusuan penuh susu ibu selepas keluar dari hospital.

Kajian ini adalah terhad disebabkan oleh kekurangan data untuk keputusan penting dalam keberkesanan rawatan untuk episod individu keatas paras glukosa darah rendah dan kesan ke atas kecederaan otak.Kajian selanjutnya diperlukan untuk menangani soalan-soalan penting ini.

Gel Dextrose disapukan kebahagian dalam pipi adalah rawatan yang mudah dan selamat untuk penjagaan awal bayi yang mempunyai paras glukosa darah rendah.

Kualiti bukti: Sebab-sebab penurunan taraf kualiti bukti termasuk ketakpersisan (variasi dalam data), penerbitan berat sebelah (bukti berdasarkan data daripada kajian tunggal; satu penerbitan dalam format abstrak sahaja), kekurangan maklumat mengenai cara pengendalian kajian dan/atau tahap tinggi percanggahan tentang sesuatu hasil yang tertentu.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College).Disunting oleh Lai Nai Ming,(School of Medicine, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save