Langkau ke kandungan utama

Intervensi untuk pengendalian ulser oral dalam penyakit Behcet

Soalan ulasan

Ulasan ini bertujuan menilai kesan pelbagai intervensi yang diberi secara sistemik atau topikal untuk mencegah atau merawat ulser oral dalam orang yang mengalami penyakit Behcet. Intevensi boleh dibandingkan dengan intervensi alternatif, tiada intervensi atau pemberian plasebo.

Latar Belakang

Penyakit Behcet adalah penyakit kronik dengan banyak tanda dan gejala termasuk ulser oral atau genital, lesi kulit dan keradangan vaskular dalam sistem saraf tunjang dan saluran gastrousus. Walaupun penyebab asal penyakit Behcet masih belum diketahui, ia dikaitkan dengan pendorongan genetik bersama faktor persekitaran.

Penyakit Behcet lazim terlihat pada dekad ketiga kehidupan. Penyakit ini jarang terjadi dalam indiviudu berumur 50 tahun ke atas dan dalam kanak-kanak. Walaupun kedua-dua jantina boleh terlibat sama, penyakit ini lebih teruk dalam kalangan lelaki.

Ulser oral yang terjadi dalam penyakit Behcet mungkin sakit atau lambat sembuh. Paling teruk, ia akan menyukarkan makan dan minum.

Ciri-ciri kajian

Para penulis Kesihatan Oral Cochrane menjalankan ulasan kajian-kajian sedia ada dan bukti terkini ialah sehingga 4 Oktober 2013. Ulasan ini termasuk 15 kajian terbitan dari 1980 hingga 2012 melibatkan 888 peserta secara rawak. Sebelas kajian dijalankan di Turki, dua di Jepun dan satu di UK. Tiga belas intervensi berlainan yang diberi secara sistemik dan topikal telah dinilai.

Intervensi topikal: sukralfat, interferon-alfa (pelbagai dos), siklosporin A, salap triamsinolon asetonid, sirup kumur mulut fenitoin.

Intervensi sistemik: asiklovir, talidomid (pelbagai dos), kortikosteroid, rebamipid, etanersep, kolcisin, interferon-alfa, siklosporin.

Hasil-hasil utama

Tiada cukup bukti untuk menyokong atau menafikan penggunaan sebarang intervensi tersebut untuk tujuan sakit, jangkamasa episod atau kekerapan episod ulser oral atau keselamatan intervensi.

Kualiti bukti kajian

Kualiti bukti adalah sederhana hingga sangat rendah.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal).Disunting oleh Tan May Loong (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Taylor J, Glenny A-M, Walsh T, Brocklehurst P, Riley P, Gorodkin R, Pemberton MN. Interventions for managing oral ulcers in Behçet's disease. Cochrane Database of Systematic Reviews 2014, Issue 9. Art. No.: CD011018. DOI: 10.1002/14651858.CD011018.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan