Rawatan kognitif tingkah laku untuk sakit leher

Nota editorial: 

Expresi kebimbangan

Profesor Marco Monticone telah bertindak sebagai pengarang utama dalam ulasan Cochrane ini. Pembaca perlu dimaklumkan bahawa pelbagai kajian rawak terkawal yang dikarang oleh Profesor Monticone mungkin telah diteliti disebabkan oleh potensi isu integriti dalam penyelidikan, termasuk penyelewengan dalam data (doi:10.1097/j.pain.0000000000002659). Satu daripada kajian-kajian disyaki dengan isu integriti dalam penyelidikan yang telah disertakan dalam ulasan Cochrane ini (doi:10.1007/s00586-012-2287-y). Pasukan editorial Cochrane mempunyai kebimbangan terhadap kebolehpercayaan data kajianan dan sedang menggunakan polisi Cochrane dalam mengurus kajian berpotensi bermasalah ( https://www.cochranelibrary.com/cdsr/editorial-policies#problematic-studies ). Tiada perbezaan besar terhadap kesimpulan ulasan ini yang telah ditemui selepas menjalankan analisis sensitiviti terhadap hasil utama, sama ada percubaan berpotensi bermasalah yang telah disertakan atau dikecualikan. Cochrane akan mengambil langkah seterusnya jika diperlukan dalam ulasan ini selepas penyiasatan tambahan terhadap kajian berpotensi bermasalah telah selesai.

Buat masa ini, versi topik ulasan baru ini sedang dijalankan dengan satu pasukan pengarang baru. Ulasan baru ini akan menggantikan ulasan ini.

Latar belakang

Sakit leher (NP) ditarifkan sebagai sakit, ketegangan otot, atau kekakuan dalam leher dan boleh berasal daripada pelbagai struktur, termasuk tulang belakang atau tisu-tisu lembut. Faktor-faktor yang menjadi risiko termasuk umur, jantina, satu sejarah sakit, postur yang lemah, ketegangan berulang kali, dan faktor sosial dan psikologi.

NP dialami oleh orang pelbagai umur dan kedua-dua jantina dan ianya adalah sebab penting perbelanjaan perubatan, ketidakhadiran bekerja, dan ketidakupayaan. Pengurusan semasa NP termasuk julat rawatan yang berbeza seperti jaminan, pendidikan, promosi untuk kembali ke aktiviti normal pada masanya, penggunaan ubat penahan sakit yang sesuai, dan senaman.

Terdapat masih ketidakpastian tentang keberkesanan terapi kognitif tingkah laku (CBT) untuk pesakit-pesakit tersebut. CBT adalah teknik psikologi yang merangkumi satu set intervensi yang luas yang dikendalikan oleh profesional kesihatan. Ianya melibatkan modifikasi kognitif dan tingkah laku aktiviti tertentu untuk mengurangkan impak sakit termasuk ketidakupayaan fizikal dan ketidakupayaan psikososial dan untuk mengatasi halangan berbahaya terhadap pemulihan fizikal dan psikososial.

Soalan ulasan

Oleh itu, kami telah menilai bukti tentang kesan CBT terhadap sakit, ketidakupayaan, faktor psikologi, dan kualiti hidup di kalangan pesakit dengan NP subakut dan kronik. Secara khususnya, kami telah membandingkan CBT berbanding dengan tiada rawatan, CBT berbanding dengan intervensi yang lain, dan CBT ditambah kepada intervensi lain (seperti fisioterapi) berbanding dengan intervensi yang lain sahaja.

Ciri-ciri kajian

Kami meneliti penyelidikan yang diterbitkan sehingga November 2014. Kami telah menyertakan 10 kajian terawak (836 pesakit). Dua kajian telah menyertakan subjek dengan NP subakut (337 peserta), di mana lapan kajian yang lain telah menyertakan peserta dengan NP kronik (499 peserta). CBT telah dibandingkan kepada tiada rawatan (225 peserta) atau jenis rawatan yang lain (506 peserta), atau digabungkan dengan intervensi lain (seperti fisioterapi) dan dibandingkan kepada intervensi lain sahaja (200 peserta). Intervensi tersebut telah dijalankan di pusat penjagaan kesihatan primer dan sekunder.

Keputusan-keputusan Utama

Berkenaan dengan NP kronik, CBT adalah statistik yang signifikan daripada tiada rawatan dalam meningkatkan sakit, ketidakupayaan, dan kualiti hidup, tetapi kesan tersebut tidak boleh dianggap bermakna dari segi klinikal. Tiada perbezaan antara CBT dan intervensi yang lain (seperti ubat, pendidikan, fisioterapi, terapi manual, dan senaman) telah ditemui dari segi sakit dan ketidakupayaan; terdapat bukti kualiti sederhana bahawa CBT lebih baik berbanding dengan intervensi yang lain dalam meningkatkan ketakutan dalam pergerakan. Selain itu, terdapat bukti kualiti yang sangat rendah bahawa CBT ditambah kepada intervensi lain yang tidak lebih baik dalam meningkatkan sakit dan ketidakupayaan berbanding dengan intervensi yang lain sahaja.

Untuk NP subakut, terdapat bukti kualiti rendah tentang CBT adalah statistik yang signifikan daripada intervensi yang lain (seperti terapi manual atau pendidikan) untuk mengurangkan sakit, tetapi kesan ini tidak relevan dari segi klinikal. Tiada perbezaan ditemui dari segi kecacatan dan ketakutan dalam pergerakan.

Tiada kajian yang telah disertakan melaporkan tentang sama ada terdapat kesan sampingan berkaitan dengan terapi kognitif tingkah laku telah diperhatikan.

Kualiti Bukti

Kualiti bukti dalam ulasan ini dalam julat antara “sangat rendah” dan “sederhana”. Oleh itu, keputusan ulasan ini perlu ditafsirkan dengan berhati-hati. Lebih banyak kajian terawak berkualiti tinggi diperlukan untuk menangani manfaat jangka pendek dan panjang tentang terapi kognitif tingkah laku dalam sakit leher subakut dan kronik, dan keberkesanannya dibandingkan dengan rawatan yang lain, dan untuk lebih memahami pesakit mana yang boleh mendapat manfaat sepenuhnya daripada intervensi ini.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).

Tools
Information