Hubungkait keselamatan dan keberkesanan drug epoetin yang berbeza untuk merawat anemia dalam pesakit buah pinggang kronik

Apakah isunya?
Jumlah sel darah merah yang rendah (anemia) merupakan perkara biasa dalam pesakit buah pinggang kronik dan boleh menyebabkan simptom seperti keletihan atau kesesakan nafas serta meningkatkan keperluan untuk transfusi darah. Epoetin merupakan sejenis ubatan suntikan (ke dalam kulit atau aliran darah) yang digunakan untuk merawat anemia dalam pesakit buah pinggang kronik. Walau bagaimanapun, maklumat berkaitan ubat epoetin ini yang mempunyai manfaat dan kemudaratan yang berbeza sekiranya dibandingkan antara satu sama lain tidak diketahui kerana tiada kajian penyelidikan ke atasnya. Satu cara untuk membandingkan ubatan yang berbeza apabila kajian klinikal telah dilakukan adalah dengan menggunakan teknik yang dikenali sebagai meta-analisis rangkaian.

Apa yang telah kami lakukan?

Kami membuat semakan ke atas kajian yang melihat kepada penggunaan ubat epoetin dalam orang dewasa yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik (termasuk mereka yang tidak memerlukan dialisis, mereka yang memerlukan dialisis dan mereka yang telah menerima pemindahan buah pinggang) untuk menilai manfaat dan kemudaratannya jika dibandingkan dengan plasebo atau bentuk ubat epoetin yang lain. Kami melihat sama ada ubat epoetin ini mencegah keperluan untuk transfusi darah, mengurangkan keletihan atau kesesakan nafas dan sekiranya ia juga menyebabkan kematian, penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, pembekuan fistula atau kateter vaskular yang diperlukan untuk dialisis, atau kegagalan buah pinggang dalam pesakit yang mempunyai penyakit buah pinggang yang kurang kronik.

Apakah yang telah kami dapati?

Berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan, kami tidak berasa yakin ubat epoetin yang berbeza adalah lebih baik atau lebih teruk daripada satu sama lain dalam mengakibatkan kemungkinan untuk keperluan transfusi darah, kematian, serangan jantung atau strok, pembekuan dalam fistula atau kateter vaskular dialisis atau keperluan dialisis dalam individu yang mempunyai penyakit buah pinggang yang kurang kronik. Kami juga tidak pasti sama ada bentuk ubat epoetin yang berbeza adalah lebih baik dalam menambahbaik simptom anemia seperti keletihan atau kesesakan nafas yang tidak dilaporkan dalam kebanyakan kajian penyelidikan yang telah dijalankan.

Kesimpulan

Maklumat berkenaan sekiranya bentuk ubat epoetin yang berbeza adalah lebih baik atau lebih selamat daripada satu sama lain masih tidak jelas.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Siti Sarah Fazalul Rahiman. Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (USM). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information