Penglibatan dalam aktiviti peningkatan dan pemuliharaan alam sekitar untuk kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan orang dewasa

Latarbelakang : Ini adalah laporan daripada ulasan sistematik yang mengkaji samada mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang meningkatkan persekitaran semula jadi (seperti mengekalkan laluan untuk mengakses kawasan luar) boleh meningkatkan kesihatan fizikal dan mental rakyat. Ulasan sistematik adalah kaedah penyelidikan untuk mengenalpasti, menilai kualiti dan mensintesis semua bukti yang relevan tentang topik tertentu.

Adalah dianggap bahawa berhubung dengan alam semula jadi mempunyai kesan positif ke atas kesihatan dan kesejahteraan. Sebagai contoh, mereka yang tinggal lebih dekat dengan kawasan hijau mempunyai kesihatan mental yang lebih baik daripada mereka yang tidak. Taman dan kawasan luar bandar juga boleh menyediakan tempat untuk aktiviti sihat yang boleh meningkatkan kesihatan fizikal.Terdapat faedah dalam memahami sama ada alam semula jadi boleh menjadi sumber untuk meningkatkan kesihatan awam.

Kaedah: Kami ingin mengetahui jika mengambil bahagian dalam pemuliharaan alam semula jadi, atau aktiviti-aktiviti lain yang menambah baik alam sekitar (seperti mengutip sampah), dapat memberi kesan kepada kesihatan. Aktiviti-aktiviti yang dikaji bertujuan untuk menambah baik persekitaran luar di kawasan bandar mahu pun di luar bandar. Para peserta adalah sukarelawan dewasa atau dirujuk oleh seorang profesional kesihatan.

Kami telah menjalankan ulasan sistematik. Kami telah mencari pangkalan data dan menghubungi pakar-pakar untuk mengenal pasti semua penyelidikan yang berkaitan akademik dan kajian yang tidak diterbitkan (satera kelabu) dari mana-mana negara.

Keputusan : Kami menemui 19 kajian berdasarkan data berangka (kuantitatif) dan teks dari temu bual (kualitatif). Ianya berasal dari UK, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

Kebanyakan kajian kuantitatif melaporkan tiada kesan ke atas kesihatan dan kesejahteraan. Terdapat keterangan yang terhad bahawa penglibatan mempunyai kesan-kesan positif ke atas kesihatan yang dilaporkan sendiri, kualiti hidup dan tahap aktiviti fizikal. Terdapat juga laporan peningkatan keletihan mental dan perasaan kebimbangan yang lebih tinggi .

Kajian kualitatif menggambarkan pengalaman-pengalaman mereka yang mengambil bahagian, dan persepsi mereka terhadap manfaat-manfaat. Orang melaporkan berasa lebih baik. Mereka suka peluang untuk peningkatan hubungan sosial, terutamanya jika mereka telah diasingkan melalui sosial, sebagai contoh, sakit-kesihatan mental. Mereka juga menghargai rasa pencapaian,berada dalam alam semula jadi dan penyediaan struktur setiap hari.

Had : Keputusan perlu dilayani dengan berhati-hati kerana kaedah penyelidikan yang digunakan tidak begitu mantap dan tidak dapat menunjukkan secara muktamad bahawa penyertaan menyebabkan sebarang perubahan kesihatan. Kualiti penyelidikan, dari segi reka bentuk kajian dan laporan, adalah rendah.

Kesimpulan : Memandangkan kepada kualiti bukti, kita tidak boleh membuat sebarang kesimpulan yang pasti. Kajian yang lebih dipercayai diperlukan untuk memahami dengan lebih tepat bagaimana dan mengapa aktiviti ini boleh memberi manfaat kepada kesihatan, dan untuk menilai sama ada mereka boleh digunakan sebagai alat promosi kesihatan yang berkesan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College) Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save