Intervensi untuk tofus dalam penyakit gout

Latar belakang

Gout adalah disebabkan oleh kristal urat yang terbentuk dalam atau di sekitar sendi.

Keradangan boleh menyebabkan sendi terlibat menjadi sakit, merah, bengkak dan sukar disentuh atau digerakkan. Beberapa sebab orang mendapat gout termasuk faktor genetik, berat badan berlebihan, pengambilan ubat-ubatan tertentu (contohnya siklosporin), fungsi buah pinggang yang terjejas dan gaya hidup seperti minum alkohol dan minuman manis berlebihan.

Tofus ialah nodul yang terbentuk dalam kalangan orang dengan gout kronik yang tidak terkawal. Tofus boleh dijangkiti, menyebabkan sakit dan mengurangkan fungsi. Tofus boleh dirawat dengan ubat penurun urat (contohnya benzbromarone, probenecid, allopurinol, febuxostat, pegloticase, lesinurad), pembedahan, atau intervensi-intervensi lain.

Ciri-ciri kajian

Ini adalah Ulasan Cochrane tentang intervensi pengurusan tofus. Literatur dicari sehingga 28 Ogos 2020. Kami melaporkan lima kajian tentang intervensi farmakologi. Para peserta berasal dari pelbagai negara, termasuk AS, Kanada, Mexico, Afrika Selatan, Australia, New Zealand, dan lokasi-lokasi di Eropah. Semua kajian dibiaya oleh syarikat-syarikat farmaseutikal.

Keputusan utama

membandingan rawatan pegloticase dua minggu sekalli dengan plasebo (rawatan palsu) (1 kajian; 79 peserta)

Resolusi tofus

Lebih 33 daripada 100 peserta mengalami resolusi satu atau lebih tofus selepas enam bulan rawatan pegloticase dua minggu sekali (setiap 2 minggu) berbanding plasebo (16% lebih baik kepada 50% lebih baik).

40 daripada 100 peserta mengalami resolusi tofus dengan mengambil pegloticase.

7 daripada 100 peserta mengalami resolusi tofus selepas mengambil plasebo.

Jumalh kesan sampingan:

Lebih 1 daripada 100 peserta mengalami kesan sampingan selepas mengambil pegloticase berbanding plasebo (9% kurang hingga 7% lebih).

95 daripada 100 pesakit mengalami satu kesan sampingan selepas mengambil pegloticase.

94 daripada 100 pesakit mengalami satu kesan sampingan selepas mengambil plasebo.

Membandingkan rawatan pegloticase bulanan dengan plasebo (1 kajian; 79 peserta)

Resolusi tofus

Lebih 14 daripada 100 peserta mengalami resolusi satu atau lebih tofus selepas menjalani rawatan pegloticase bulanan selepas enam bulan berbanding plasebo (1% merosot berbanding 29% lebih baik).

21 daripada 100 peserta mengalami resolusi tofus selepas mengambil pegloticase.

7 daripada 100 peserta mengalami resolusi tofus selepas mengambil plasebo.

Jumlah kesan buruk

Lebih 5 daripada 100 peserta mengalami satu kesan buruk selepas dengan pegloticase berbanding plasebo (20% kurang berbanding 12% lebih).

100 daripada 100 pesakit mengalami satu kesan buruk selepas mengambil pegloticase.

95 daripada 100 pesakit mengalami satu kesan sampingan selepas mengambil plasebo.

Membandingkan lesinurad ditambah allopurinol dengan allopurinol (2 kajian; 103 peserta)

Resolusi tofus

Kurang 11 orang daripada 100 mempunyai resolusi lengkap tofus sasaran selepas 12 bulan rawatan dengan lesinurad 200 mg ditambah allopurinol berbanding alopurinol sahaja (28% merosot hingga 6% lebih baik).

21 daripada 100 orang mengalami resolusi tofus dengan lesinurad 200 mg ditambah allopurinol.

32 daripada 100 peserta mengalami resolusi tofus selepas mengambil allopurinol.

Kurang 7 orang daripada 100 mengalami resolusi lengkap tofus sasaran selepas rawatan 12 bulan dengan kombinasi 400 mg lesinurad berbanding allopurinol sahaja (25% merosot hingga 11% lebih baik).

25 daripada 100 orang mengalami resolusi tofus dengan lesinurad 400 mg ditambah allopurinol.

32 daripada 100 peserta mengalami resolusi tofus selepas mengambil allopurinol.

Membandingkan lesinurad 400 mg ditambah febuxostat dengan lesinurad 200 mg ditambah febuxostat (1 kajian; 129 peserta)

Resolusi tofus

Lebih 7 orang daripada 100 mengalami resolusi lengkap tofus sasaran selepas 12 bulan rawatan dengan lesinurad 400 mg berbanding lesinurad 200 mg, kedua-duanya digabung dengan febuxostat (10% kurang hingga 23% lebih).

66 daripada 100 orang mengalami resolusi tofus dengan lesinurad 400 mg febuxostat.

59 daripada 100 orang mengalami resolusi tofus dengan lesinurad 200 mg febuxostat.

Bilangan peserta menarik diri akibat kesan buruk

Hanya satu kajian melaporkan kejadian buruk secara berasingan dalam kalangan peserta dengan tofus.

Lebih 9 lagi orang daripada 100 menarik diri kerana kejadian buruk selepas 12 bulan rawatan dengan lesinurad 400 mg berbanding lesinurad 200 mg, kedua-duanya digabung dengan febuxostat (3% kurang hingga 43% lebih baik).

70 daripada 100 orang dengan lesinurad 400 mg ditambah febuxostat menarik diri dari kajian ini.

61 daripada 100 orang dengan lesinurad 200 mg ditambah febuxostat menarik diri dari kajian.

Jumlah kesan buruk

Lebih 15 lagi orang daripada 100 mengalami satu atau lebih kejadian buruk selepas 12 bulan rawatan dengan lesinurad 400 mg berbanding lesinurad 200 mg, kedua-duanya digabung dengan febuxostat (3% kurang hingga 18% lebih baik).

97 daripada 100 orang mengalami kejadian buruk dengan lesinurad 400 mg ditambah febuxostat.

82 daripada 100 orang mengalami kejadian buruk dengan lesinurad 200 mg ditambah febuxostat.

Kepastian bukti

Bukti kepastian sederhana menunjukkan rawatan pegloticase dua kali seminggu atau bulanan mungkin membantu resolusi satu atau lebih tofus. Bukti kepastian sederhana menunjukkan lesinurad (400 mg atau 200 mg) dalam kombinasi dengan allopurinol mungkin tidak bermanfaat untuk resolusi tofus. Bukti kepastian rendah menunjukkan lesinurad 400 mg berbanding lesinurad 200 mg (kedua-duanya digabung dengan febuxostat) boleh menyembuhkan tofus dan tidak mengakibatkan perbezaan dalam kejadian buruk atau penarikan diri akibat kejadian buruk. Walau bagaimanapun, kajian ini tiada lengan plasebo.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Roshan Arjun Ananda (Mackay Base Hospital, Australia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information