Topiramate untuk epilepsi myoklonik juvana (JME)

Latar belakang

Epilepsi myoklonik juvana (JME) dicirikan dengan renggutan (tanpa kawalan) involuntari otot dalam bahu dan tangan selepas bangun tidur, lazimnya bermula ketika kanak-kanak.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari pangkalan data saintifik untuk kajian klinikal yang membandingkan ubat antiepilepsi, topiramate, dengan plasebo (rawatan palsu) atau ubat antiepilepsi lain dalam pesakit dengan JME. Kami ingin menilai berapa baiknya rawatan tersebut berjalan dan juga sekiranya ia mempunyai sebarang kesan sampingan.

Keputusan utama

Kami memasukkan dan menganalisa tiga kajian rawak terkawal (kajian klinikal di mana peserta diagihkan secara rawak ke dalam satu dari dua atau lebih kumpulan rawatan) dengan 83 peserta. Berdasarkan maklumat dalam kajian-kajian tersebut, ia menunjukkan bahawa topiramate lebih toleransi daripada valproate, tetapi tidak lebih berkesan daripada valproate. Topiramate kelihatan lebih berkesan daripada plasebo, tetapi keputusan ini hanya berdasarkan kepada bilangan kecil pesakit yang dimasukkan.

Kualiti bukti

Kualiti bukti daripada kajian-kajian ini adalah sangat rendah dan keputusan harus ditafsir dengan berhati-hati. Lebih banyak kajian rawak terkawal dengan bilangan besar peserta diperlukan untuk menguji berapa berkesan dan toleransi topiramate dalam pesakit dengan JME. Kajian selanjutnya patut direka bentuk dengan bagus dan dirawakkan (di mana peserta dan penyelidik tidak mengetahui rawatan mana yang diberikan sehingga selepas keputusan dikumpul).

Kesimpulan
Ulasan ini tidak membekalkan bukti yang cukup untuk menyokong topiramate dalam rawatan pesakit dengan JME.

Bukti terkini sehingga Ogos 2021.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information