Tambahan selenium untuk pencegahan penyakit kardiovaskular

Penggunaan makanan, tambahan dan baja yang diperkaya dengan selenium telah meningkat dalam tahun-tahun kebelakangan di kebanyakan negara kerana persepsi bahawa selenium boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan keadaan kronik yang lain. Oleh itu, ia adalah penting untuk memahami kesan nutrien yang kerap ditambah pada keadaan lazim seperti penyakit kardiovaskular atau diabetes. Ulasan ini menilai kesan pemberian selenium tambahan kepada orang dewasa yang sihat untuk mencegah kejadian penyakit kardiovaskular. Sama ada tambahan selenium mengurangkan faktor risiko yang berkaitan dengan penyakit jantung juga dinilai. Kami mendapati 12 kajian di mana 19,715 orang dewasa yang sihat secara rawak diaturkan untuk menerima selenium tambahan atau plasebo. Kebanyakkan peserta yang terlibat dalam kajian-kajian tersebut adalah individu lelaki dari Amerika Syarikat, di mana mereka mendapat pemakanan baik dan mengambil jumlah selenium yang besar dari makanan semulajadi. Secara keseluruhannya, kajian-kajian yang dimasukkan dianggap berisiko rendah untuk bias. Dalam ulasan kami, membekalkan selenium tambahan kepada orang dewasa yang sihat tidak mencegah kejadian penyakit kardiovaskular utama. Peningkatan risiko mendapat diabetes jenis 2 apabila mengambil selenium tambahan, seperti yang dicadangkan dalam beberapa kajian terdahulu, tidak dapat ditolak dalam ulasan kami. Kesimpulannya, ulasan bukti yang sedia ada setakat ini mencadangkan bahawa mengambil selenium tambahan tidaklah bermanfaat atau berbahaya untuk penyakit kardiovaskular, tetapi ia mungkin tidak perlu bagi mereka mempunyai pemakanan baik dan mereka yang mengambil jumlah besar selenium dari makanan semulajadi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save