Infusi intravena lidocaine yang dimulakan pada masa pembedahan untuk mengurangkan kesakitan dan peningkatan pemulihan selepas pembedahan

Latar belakang

Masalah yang paling biasa selepas pembedahan di bawah anestesia umum adalah rasa sakit, loya dan muntah, racauan dan perlahan atau tiada pergerakan makanan melalui sistem pencernaan. Ubat-ubatan opioid yang diberikan untuk mengurangkan kesakitan selepas operasi mungkin juga dikaitkan dengan mual dan sembelit, juga menghalang pemulihan yang lancar. Adalah menarik bagi pesakit dan doktor untuk mengurangkan atau mencegah komplikasi yang membawa kepada pemulihan awal supaya pesakit boleh meninggalkan hospital lebih awal. Satu pilihan untuk melegakan kesakitan selepas pembedahan adalah analgesia epidural, di mana anestetik opioid atau tempatan seperti lidocaine disuntik ke dalam ruang di sekitar saraf tunjang. Tidak semua pesakit sesuai untuk analgesia epidural, dan pilihan tambahan seperti ubat analgesik bukan opioid intravena yang membolehkan pemulihan pesat diperlukan.

Tujuan ulasan ini adalah untuk menilai manfaat dan risiko infusi intravena lidocaine pada pesakit yang menjalani pelbagai prosedur pembedahan. Lidocaine adalah ubat yang digunakan untuk mengebaskan tisu di kawasan tertentu.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini diterbitkan pada 2015 dan dikemaskinikan pada 2017. Kami memasukkan 68 kajian rawak terkawal (RCT), (kajian klinikal di mana orang diagihkan secara rawak ke dalam satu dari dua atau lebih kumpulan rawatan ) dengan hasil daripada 4525 peserta. RCT digunakan kerana mereka menyediakan bukti yang paling dipercayai.

Lidocaine intravena dibandingkan dengan plasebo atau penjagaan standard dalam 66 kajian, dan dengan analgesia epidura toraks (kawasan dada tulang belakang) dalam dua kajian. (Plasebo adalah bahan atau prosedur yang tidak aktif yang diberikan kepada peserta dalam kajian perubatan untuk membandingkan kesannya dengan ubat-ubatan sebenar atau intervensi yang lain). Infusi lidocaine bermula semasa pembedahan, sebelum pemotongan pertama, dan terus sekurang-kurangnya berakhirnya pembedahan. Kajian-kajian termasuk adalah cukup dilakukan dengan baik.

Keputusan-keputusan utama

Kami tidak pasti sama ada infusi lidocaine mengurangkan kesakitan, satu hingga empat jam selepas pembedahan berbanding dengan plasebo atau penjagaan biasa (29 kajian, lebih daripada 1600 peserta). Tidak mungkin ada perbezaan kesakitan pada 24 jam (33 kajian, 1847 peserta) dan 48 jam (24 kajian, 1404 peserta) antara peserta dalam lidocaine dan kumpulan plasebo. Kami tidak pasti sama ada infusi lidocaine meningkatkan pemulihan fungsi usus, dengan pengurangan masa untuk buang air besar pertama atau pergerakan usus (12 kajian, 684 peserta), dan mengurangkan risiko menghentikan makanan dalam usus (4 kajian, 273 peserta). Kami juga tidak pasti sama ada lidocaine mengurangkan loya selepas pembedahan (35 kajian, 1903 peserta), dan keperluan untuk opioid untuk melegakan kesakitan (40 kajian, 2201 peserta). Hanya beberapa kajian yang terhad menganalisis kesan sampingan infusi lidocaine intravena. Kesan sampingan lidocaine intravena tidak jelas.

Dalam kedua-dua kajian yang menyiasat lidocaine intravena berbanding dengan analgesia epidural (102 peserta), kesan sakit pada 24 dan 48 jam, dan pada masa pergerakan usus pertama, masih tidak jelas. Kesan lidocaine terhadap risiko menghentikan makanan di dalam usus dan untuk loya selepas operasi juga tidak jelas, kerana hanya satu kajian kecil yang menilai hasil ini. Kajian tidak menyiasat kesan terhadap sakit selepas pembedahan, atau penggunaan opioid.kajian Kedua-dua kajian melihat kesan buruk yang berkaitan dengan lidocaine, tetapi kesannya tidak menentu.

Kualiti bukti

Kami menilai kualiti bukti untuk kebanyakan hasil sebagai sangat rendah. Ini adalah kerana penemuan yang tidak konsisten merentasi kajian dan fakta bahawa bukti itu datang dari kajian kecil yang mempunyai kualiti reka bentuk yang sederhana atau bilangan kajian yang terhad. Kualiti bukti yang minimum atau tiada kesan pada kesakitan pada 24 dan 48 jam adalah kualiti yang sederhana. Kajian melibatkan pelbagai prosedur pembedahan. Dos dari lidocaine digunakan, dan berapa lama ia diberikan selepas pembedahan, juga bervariasi antara kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save