Infusi intravena lidocaine dimula pada masa pembedahan untuk mengurangkan kesakitan dan peningkatan pemulihan selepas pembedahan

Terjemahan ini tidak kemaskini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan Sistematik ini.

Masalah yang paling lazim dijumpai selepas pembedahan adalah kesakitan, loya dan muntah-muntah, darah beku yang berlebihan, pergerakan makanan dan cecair yang perlahan atau terhenti melalui sistem pencernaan, dan disfungsi kognitif postoperative. Protokol pantas adalah bertujuan untuk mencegah atau mengurangkan komplikasi ini dan mempercepatkan pemulihan awal. Ubat-ubatan opioid yang diberikan untuk mengurangkan kesakitan postoperative boleh dikaitkan dengan kesan sampingan termasuk loya dan sembelit, yang menghalang pemulihan yang lancar. Pilihan lain termasuk pengurusan ubat-ubatan opioid melalui epidural (disuntik ke dalam ruang sekitar saraf tunjang). Kesakitan boleh menjadi dalam gabungan sakit radang dan neuropatik atau berasaskan kepada peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan. Kesakitan adalah dibantu dengan lidocaine intravena, yang merupakan ubat sakit tempatan yang bukan opioid atau anestetik tempatan.

Tujuan ulasan perubatan ini adalah untuk menilai manfaat dan risiko infusi intravena lidocaine yang bermula pada masa pembedahan terhadap kesakitan dan pemulihan selepas pembedahan pada pesakit yang menjalani pelbagai prosedur pembedahan. Kami mendapati 45 kajian rawak terkawal klinikal yang membandingkan penggunaan lidocaine intravena semasa dan selepas pembedahan dengan plasebo atau penjagaan standard atau dengan analgesia epidural (dua kajian sahaja). Kami menyampaikan data dari sejumlah 2802 peserta. Keseluruhan kualiti metodologi (risiko bias) kajian yang dimasukkan adalah sederhana ke tinggi.

Keputusan lebih dari 1200 peserta menunjukkan bahawa sakit selepas pembedahan (23 kajian) dan sehingga 24 jam (25 kajian) dapat dikurangkan oleh infusi lidocaine berbanding dengan plasebo atau penjagaan biasa. Pengurangan kesakitan adalah jelas sehingga empat jam untuk peserta menjalani pembedahan perut laparoskopi atau pembedahan perut terbuka. Tidak terdapat pengurangan sakit selepas 48 jam (19 kajian). Kami mendapati lagi kesan positif daripada infusi lidocaine pada pemulihan fungsi usus, dengan pengurangan masa untuk kentut pertama (11 kajian) dan buang air besar pertama atau bunyi (6 kajian), dan mengurangkan risiko ileus kelumpuhan (3 kajian) tetapi bukan masa untuk pembuangan air besar pertama (4 kajian). Peserta menerima lidocaine mengalami kurang loya (28 kajian), mungkin kerana mereka memerlukan lebih sedikit opioid untuk melegakan kesakitan (32 kajian). Tempoh penginapan hospital telah dipendekkan sedikit (21 kajian).

Beberapa kajian melihat komplikasi pembedahan lain seperti jangkitan postoperative, penahanan kencing, pendarahan, trombosis vena dalam, dan gangguan penyembuhan luka dan tiada bukti sama ada manfaat atau mudarat.

Tujuh belas kajian menganalisis secara sistematik kesan-kesan buruk. Tiada bukti bahawa lidocaine intravena dikaitkan dengan peningkatan risiko kesan buruk seperti kematian, aritmia, gangguan kadar jantung yang lain, atau tanda-tanda toksik lidocaine. Kejadian kesan sampingan yang dikaitkan dengan infusi lidocaine tidak dapat dinilai dengan pasti sejak kajian klinikal tidak menjawab soalan ini dengan baik.

Batasan utama ulasan ini adalah, pertama, kepelbagaian statistik yang besar dan tidak dapat dijelaskan antara kajian, yang tidak dijelaskan secukupnya mengikut jenis prosedur pembedahan; dan kedua, bukti yang datang hanya daripada kajian kecil, yang menanggung risiko kesan rawatan anggaran yang berlebihan. Kedua-dua batasan mengurangkan kualiti bukti bagi kebanyakan hasil. Hanya 'sakit awal selepas pembedahan perut terbuka' hasil dan 'awal loya selepas pembedahan' mencapai tahap kualiti yang sederhana bukti.


Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my

Share/Save