Pembalut-pembalut dan ejen-ejen topikal (krim atau losyen) untuk mencegah ulser tekanan.

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti tentang keberkesanan pembalut-pembalut dan ejen-ejen topikal seperti krim untuk mencegah ulser tekanan.

Latar belakang

Ulser tekanan, juga dikenali sebagai luka katil ataupun luka tekanan merupakan kecederaan pada kulit atau tisu di bawahnya, atau kedua-duanya. Mereka ini diwujudkan sebagai akibat tekanan yang berterusan.pada bahagian bertulang badan Mereka biasanya berlaku pada kalangan orang tua dan mereka yang mengalami masalah pergerakan. Mereka sering sukar untuk menyembuhkan, mahal untuk dirawat dan mendatangkan kesan negatif terhadap kualiti hidup pesakit, jadi penting untuk mencegahnya. Tilam dan kusyen yang khusus serta perubahan kedudukan badan yang kerap telah digunakan untuk pencegahan ulser-ulser tekanan ini. Pembalut-pembalut dan krim-krim juga digunakan secara umum. Kami ingin membandingkan pembalut-pembalut dan ejen-ejen topikal yang berbeza dan mengetahui yang terbaik dalam mencegah tekanan ulser pada orang yang berisiko tinggi untuk mengalaminya Kami juga ingin mempertimbangkan kesan-kesan yang lain seperti rasa sakit, kualiti hidup dan kos pelbagai rawatan dalam sistem penjagaan kesihatan.

Ciri-ciri kajian

Untuk memastikan maklumat yang terkandung didalam kajian ini adalah terkini, pada Mac 2017 kami menyelidik sebarang kajian terkawal rawak (RCTs) yang membandingkan penggunaan pembalut-pembalut dan/ataupun ejen-ejen topikal dengan kaedah-kaedah lain untuk mencegah ulser tekanan. RCTs merupakan kajian perubatan di mana pesakit dipilih secara rawak untuk menerima rawatan yang berbeza. Kajian jenis ini memberikan bukti yang paling meyakinkan . Penyelidikan ini merupakan pembaharuan ulasan kami kali pertama. Kami menjumpai sembilan RCTs. Hal ini telah menyumbangkan sejumlah 18 kajian-kajian yang berkaitan. Kajian-kajian ini melibatkan 3629 orang dewasa yang kebanyakan ialah orang-orang tua. Terdapat juga sesetengah kajian yang melibatkan orang dewasa muda dengan kecederaan mobiliti-membatasi Produk yang diuji termasuklah asid lemak (asid lemak berasal daripada lemak haiwan dan minyak sayur-sayuran serta digunakan untuk melembabkan kulit), krim dan pembalut-pembalut yang diperbuat daripada silikon atau buih.

Keputusan-keputusan utama

Keputusan-keputusan daripada enam kajian telah mencadangkan bahawa pembalut-pembalut silikon mungkin dapat mengurangkan risiko kewujudan ulser-ulser tekanan. Namun demikian, kami tidak pasti tentang bukti dari lima kajian tersebut kerana mereka menggunakan kaedah yang lemah jadi kami tidak boleh yakin tentang keputusan ini. Kami juga menjumpai bahawa penggunaan asid lemak mungkin dapat mengurangkan kewujudan ulser-ulser tekanan jika dibandingkan dengan kompaun kawalan (sejenis krim yang tidak mengandungi asid lemak) namun keputusan-keputusan daripada kajian ini tidak begitu meyakinkan. Tidak ada pembandingan ejen-ejen topikal yang memberikan bukti yang konklusif bahawa ejen-ejen tersebut dapat mengurangkan risiko-risiko kewujudan ulser-ulser tekanan tersebut.

Kualiti bukti

Kualiti bukti kajian-kajian ini adalah rendah hingga amat rendah. Kajian-kajian tambahan yang mempunyai risiko berat-sebelah yang rendah amat perlu untuk menjelaskan kesan-kesan penggunaan pembalut-pembalut dan ejen-ejen topikal dalam mencegah ulser-ulser tekanan.

Kami menyelidik kajian yang telah diterbitkan sehingga Mac 2017

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi (Chris_ZY@live.com)

Tools
Information