Rawatan penguatan antibiotik untuk jangkitan paru-paru dalam fibrosis sista

Soalan ulasan

Pengulas meninjau bukti mengenai penggunaan agen untuk membantu antibiotik dalam merawat jangkitan paru-paru pada orang dengan fibrosis sista.

Latar belakang

Orang dengan fibrosis sista menderita jangkitan pada paru-paru mereka kerana mereka menghasilkan rembesan tebal yang membolehkan bakteria membiak di dalamnya. Selalunya jangkitan disebabkan oleh bakteria yang tidak biasa, termasuk Pseudomonas aeruginosa, dan bakteria ini menjadi rintang terhadap rawatan dengan antibiotik. Jangkitan jangka panjang mengurangkan kualiti hidup seseorang dan fungsi paru-paru mereka. Buat masa kini tiada antibiotik baru dibangunkan yang menggunakan jenis tindakan yang baru. Ejen-ejen baharu - antibiotik adjuvan - diperlukan untuk bertindak bersama-sama dengan antibiotik untuk membuat bakteria lebih sensitif sama ada kepada antibiotik atau sistem imun tubuh sendiri, dan mengganggu terhadap pembentukan koloni bakteria di dalam paru-paru.

Tarikh carian

Bukti ini adalah terkini sehingga: 16 Januari 2020.

Ciri-ciri kajian

Ulasan melibatkan lapan kajian melibatkan 350 orang dengan fibrosis sista berusia antara lima dan 54 tahun. Kajian membandingkan antibiotik adjuvan yang berbeza (beta-karoten (satu kajiaan), bawang putih (satu kajian), agen biologi (dua kajian), nitrik oksida (dua kajian) dan zink (dua kajian)) dengan plasebo (bahan yang tidak mengandungi ubat) dan peserta dipilih untuk satu rawatan atau yang lain secara rawak. Kajian berlangsung dari dua hari hingga satu tahun.

Keputusan Utama

Tidak ada rawatan yang menyebabkan masa yang lebih lama sehingga penyakit paru-paru berikutnya memberang dibandingkan dengan orang yang menerima plasebo. Untuk langkah-langkah lain yang pengulas melihat kepada (fungsi paru-paru, kesan sampingan, kualiti hidup atau jumlah jangkitan) juga tidak ada perbezaan antara orang yang diberi adjuvan dan orang yang diberi plasebo. Semua kajian mengukur kesan sampingan rawatan tetapi kebanyakannya ringan dan berlaku pada kedua-dua orang yang menerima rawatan dan mereka yang tidak.

Tiada satupun terapi untuk meningkatkan tindakan antibiotik yang pengulas jumpai menunjukkan manfaat yang ketara dalam fungsi paru-paru, kadar jangkitan ataupun kualiti hidup. Lebih banyak kajian terkawal rawak diperlukan sebelum pengulas dapat mengesyorkan penggunaan mana-mana rawatan ini secara rutin.

Kualiti bukti

Kualiti bukti dalam lingkungan antara sangat rendah hingga sederhana, tetapi pengulas menilai keseluruhannya sebagai rendah. Pengulas membuat penilaian ini kerana sebilangan kecil kajian yang melihat setiap rawatan adjuvan yang berbeza yang bermaksud mereka tidak dapat menggabungkan keputusan-keputusan. Kualitinya juga dipengaruhi oleh bilangan yang kecil orang yang dimasukkan dalam kajian ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nathanael Lee Yong Sheng (Royal College of Surgeons in Ireland - Perdana University). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save