Amphetamines untuk masalah hiperaktif dan kurang tumpuan orang dewasa

Latar belakang

Masalah hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) ialah satu gangguan jiwa psikiatri yang didapati semasa zaman kanak-kanak dan boleh diteruskan sehingga dewasa dalam 50% pesakit. Dari sudut pandang klinikal, ADHD dicirikan sebagai hiperaktif, ketidakstabilan mood, keresahan, kesusahan dalam mengekalkan perhatian, kurang organisasi dan tingkah laku impulsif. Kejadian gangguan lain pada masa yang sama adalah biasa, terutamanya gangguan jiwa dan penyalahgunaan bahan. Amphetamines (sejenis perangsang) dianggap dapat meningkatkan geala ADHD, tetapi terdapat kebimbangan tentang keselamatannya jika digunakan secara kerap oleh pesakit ADHD.

Soalan ulasan

Kami memeriksa sama ada rawatan dengan amphetamine meningkatkan gejala ADHD pada orang dewasa.

Ciri-ciri kajian

Penilai mendapati 19 kajian yang mendaftarkan 2521 pesakit. Kebanyakkan pesakit adalah lelaki (57.2%), pertengahan umur (umur 35.3 tahun) orang Caucasian(84.5%). Kajian-kajian ini membandingkan amphetamines dengan plasebo (sesuatu yang kelihatan seperti amphetamine tetapi tidak mempunyai bahan aktif). Terdapat 3 kajian membandingkan amphetamines dengan ubat lain seperti guanfacine, modafinil dan paroxetine. Dalam kajian ini, kami menilai kesan tiga jenis amphetamine: dexamphetamine (dari 10.2 hingga 21.8 mg/d), lisdexamfetamine (dari 30 hingga 70 mg/d) dan campuran garam amphetamine (dari 12.5 hingga 80 mg/d). Panjang rawatan terdiri dari satu hingga 20 minggu. Lapan belas kajian telah dijalankan di USA dan satu kajian di Canada serta USA. Sepuluh kajian dijalankan di pelbagai tempat. Pembiayaan kajian dilaporkan dalam semua kajian kecuali dua kajian. Enam belas kajian dibiayai oleh pengilang dan satu dibiayai oleh agensi kerajaan.

Semua amphetamine telah mengurangkan keterukan gejala ADHD yang dinilai oleh pesakit. Lisdexamfetamine dan MAS juga mengurangkan keterukan gejala ADHD saperti di beri nilai oleh doktor, tetapi dexamphetamine tidak. Secara keseluruhan, amphetamine tidak meningkatkan kadar orang untuk menjalani rawatan dan ia dikaitkan dengan menambah risiko berhenti rawatan lebih awal akibat daripada kesan-kesan sampingannya. Kami mendapati tiada bukti yang menunjukkan bahawa dos yang lebih tinggi adalah lebih baik daripada dos yang lebih rendah. Kami tidak mendapati sebarang perbezaan atas keberkesanan antara amphetamine yang bertindak untuk tempoh masa yang lebih panjang berbanding dengan yang bertindak untuk tempoh masa yang lebih singkat. Dengan itu, rawatan jangka pendek dengan amphetamine dapat mengurangkan keterukan gejala ADHD, tetapi kajian yang menilai kesan amphetamine untuk tempoh masa yang lebih lama adalah diperlukan. Kami mendapati bahawa tiada perbezaan dalam keberkesanan antara amphetamine dengan guanfacine, modafinil atau paroxetine.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah rendah sehingga sangat rendah untuk semua hasil dengan beberapa sebab, iaitu, pesakit mungkin dapat mengetahui rawatan yang mereka ambil; bilangan kajian dan pesakit yang termasuk adalah rendah, menyebabkan keputusan yang tidak tepat dalam banyak hasil; kajian mempunyai masalah dalam reka bentuk mereka; dan, dalam beberapa hasil, keputusan berbeza-beza antara percubaan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information