Tiada bukti yang meyakinkan tentang kesan peningkatan kognitif oleh ginseng Panax.

Ginseng telah digunakan untuk merawat penyakit dan kesan kelanjutan umur semenjak ribuan tahun dahulu. Pada masa ini, ginseng adalah disenaraikan sebagai herba "jualan paling laris" dan adalah produk herba yang paling digunakan di seluruh dunia. Ulasan ini bertujuan untuk mengenalpasti semua kajian buta dua dan buta tunggal rawak, plasebo terkawal yang menilai kesan ginseng ke atas fungsi kognitif. Lima kajian yang menyiasat kesan ginseng ke atas peserta sihat yang mempunyai maklumat mengenai keberkesanan dan telah disertakan ke dalam ulasan ini. Ginseng nampaknya mempunyai beberapa kesan berfaedah bagi kognisi, behavior dan kualiti hidup. Lagi banyak kajian yang direka dengan lebih ketat diperlukan untuk isu penting ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Ernie Yap Sze Wei .Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi loketimkhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save