Langkau ke kandungan utama

Apakah manfaat dan risiko kaedah perbezaan penyediaan serviks untuk pengguguran pembedahan dalam kehamilan trimester kedua?

Mesej utama

• Prostaglandin dan dilator osmotik berkemungkinan merupakan kaedah selamat dan berkesan untuk agen perangsangsediaan serviks sebelum pengguguran pembedahan trimester kedua.

• Misoprostol ditambah dengan dilator osmotik mungkin meningkatkan dilatasi serviks pra-prosedur dan mengurangkan masa prosedur dan keperluan untuk dilatasi tambahan dibandingkan kepada plasebo (rawatan dummy) ditambah dengan dilator osmotik.

• Laminaria semalaman boleh meningkatkan masa prosedur, dilatasi pra-prosedur, dan keperluan untuk dilatasi tambahan dibandingkan dengan Dilapan-S hari yang sama.

• Kajian masa depan harus lebih besar dan melihat kepada kateter Foley sebagai kaedah perangsangsediaan serviks untuk pengguguran pembedahan trimester kedua.

Mengapakah soalan ini penting?

Orang hamil lebih suka untuk mempunyai pilihan untuk memilih penamatan kehamilan mereka, iaitu pengguguran perubatan berbanding dengan pengguguran pembedahan menggunakan dilatasi dan pemindahan (D&E, sejenis prosedur yang membuka serviks supaya tisu di dalam uterus boleh dikeluarkan dengan menggunakan instrumen). Kebanyakan pembekal menggunakan agen perangsangsediaan serviks sebelum pemindahan pembedahan uterin trimester kedua. Kaedah perubatan yang kerap digunakan untuk penyediaan serviks adalah prostaglandin (misoprostol) dan sejenis antiprogesteron (mifepristone). Kaedah mekanikal perangsangsediaan serviks termasuk dilator osmotik (laminaria dan Dilapan-S). Pembekal mungkin menggunakan ubat atau kaedah mekanikal, atau kedua-duanya, berdasarkan faktor berbeza, termasuk umur kehamilan. Tiada persetujuan tentang kaedah terbaik untuk agen perangsangsediaan serviks yang telah digunakan sebelum D&E.

Apakah yang telah kami lakukan?

Kami telah mencari kajian yang membandingkan kesan agen perangsangsediaan serviks berbeza yang telah digunakan sebelum pengguguran pembedahan trimester kedua. Kami telah membandingkan dan merumuskan keputusan dan menilai keyakinan kami terhadap bukti berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.

Apa yang telah kami temui?

Kami telah menemui 21 kajian yang melibatkan 3029 peserta. Beberapa kajian telah membandingkan dua agen perangsangsediaan serviks yang sama. Mifepristone yang telah diambil 24 sehingga 48 jam sebelum misoprostol atau dilator osmotik, kecuali dalam satu kajian di mana ia telah digunakan pada masa yang sama seperti laminaria. Mifepristone telah digunakan pada dos 200 mg dan misoprostol pada dos 400 sehingga 600 μg.

Prostaglandin berbanding dengan dilator osmotik

Prostaglandin mungkin mempunyai sedikit kepada tiada kesan terhadap masa prosedur, tetapi mungkin membawa kepada kurang dilatasi yang dicapai berbanding dengan dilator osmotik.

Mifepristone ditambah dengan misoprostol berbanding dilator osmotik

Mifepristone ditambah dengan misoprostol mungkin mempunyai sedikit kepada tiada kesan terhadap masa prosedur, tetapi ia mungkin membawa kepada kurang dilatasi yang dicapai dan meningkatkan keperluan untuk dilatasi tambahan dan mempunyai sedikit kepada tiada kesan terhadap keupayaan untuk melengkapkan prosedur berbanding dengan dilator osmotik.

Misoprostol ditambah dengan dilator osmotik berbanding plasebo ditambah dengan dilator osmotik

Misoprostol ditambah dengan dilator osmotik mungkin mengurangkan masa prosedur; meningkatkan dilatasi dapat dicapai; mengurangkan keperluan untuk dilatasi tambahan; dan mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas keupayaan untuk menyelesaikan prosedur dibandingkan dengan plasebo ditambah dilator osmotik.

Mifepristone ditambah dengan dilator osmotik berbanding plasebo ditambah dengan dilator osmotik

Mifepristone ditambah dengan dilator osmotik mungkin mengurangkan masa prosedur, dan mungkin meningkatkan dilatasi dicapai berbanding dengan plasebo ditambah dengan dilator osmotik. Mifepristone ditambah dengan dilator osmotik boleh mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas keperluan untuk dilatasi tambahan, tetapi mungkin terdapat sedikit atau tiada kesan ke atas keupayaan untuk melengkapkan prosedur.

Misoprostol ditambah dengan dilator osmotik berbanding mifepristone ditambah dengan dilator osmotik

Misoprostol ditambah dengan dilator osmotik boleh mempunyai sedikit atau tiada kesan pada masa prosedur, dilatasi dicapai, dan keperluan untuk dilatasi tambahan dibandingkan dengan mifepristone ditambah dengan dilator osmotik. Mungkin terdapat sedikit kepada tiada perbezaan dalam keupayaan untuk menyelesaikan prosedur.

Mifepristone ditambah dengan misoprostol ditambah dilator dibandingkan misoprostol ditambah dengan dilator osmotik

Mifepristone ditambah dengan misoprostol ditambah dilator osmotik boleh mempunyai sedikit atau tiada kesan pada masa prosedur, dilatasi dicapai, dan keperluan untuk dilatasi tambahan dibandingkan dengan misoprostol ditambah dengan dilator osmotik. Keupayaan untuk melengkapkan prosedur yang tidak dilaporkan.

Misoprostol ditambah dengan dilator osmotik berbanding dengan misoprostol

Misoprostol ditambah dengan dilator osmotik mungkin meningkatkan masa prosedur (jika masa prosedur termasuk masa yang telah berlalu untuk pemasukan dilator osmotik); meningkatkan dilatasi dicapai; mengurangkan keperluan untuk dilatasi tambahan; dan mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas keupayaan untuk menyelesaikan prosedur dibandingkan dengan misoprostol sahaja.

Laminaria berbanding dengan dilator osmotik sintetik

Ia kurang pasti sama ada laminaria mempunyai sebarang kesan terhadap masa prosedur, tetapi mungkin mempunyai sedikit kepada tiada perbezaan dalam dilatasi yang dicapai, dan mungkin mengurangkan keupayaan untuk melengkapkan prosedur berbanding dengan dilator osmotik sintetik.

Dilapan-S hari yang sama berbanding dengan laminaria semalaman

Dilapan-S hari yang sama boleh meningkatkan masa prosedur; kurang dilatasi dicapai; dan meningkatkan keperluan untuk dilatasi tambahan dibandingkan dengan laminaria semalaman. Terdapat kemungkinan sedikit kepada tiada perbezaan dalam keupayaan untuk menyelesaikan prosedur antara kumpulan.

Apakah batasan bukti?

Kami hanya mempunyai keyakinan sederhana kepada kurang terhadap bukti disebabkan oleh perbezaan dalam saiz atau arah kesan dan beberapa orang yang menyumbang data kepada analisis tersebut. Lebih banyak kajian adalah diperlukan untuk meningkatkan keyakinan kami terhadap bukti.

Sejauh manakah ulasan ini terkini?

Bukti ini terkini sehingga 20 Disember 2021.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.

Petikan
Tufa TH, Stewart F, Meckstroth K, Diedrich JT., Newmann SJ. Cervical preparation for dilation and evacuation at 12 to 24 weeks gestation. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 3. Art. No.: CD007310. DOI: 10.1002/14651858.CD007310.pub3.