Rawatan sawan untuk pesakit dengan sklerosis berbilang

Sawan epilepsi berlaku pada sebilangan kecil pesakit dengan sklerosis berbilang, tetapi boleh mempunyai akibat yang serius. Disebabkan oleh punca epilepsi sawan dalam pesakit dengan sklerosis berbilang mungkin berbeza daripada bentuk serangan sawan yang lain, adalah tidak dapat dipastikan sama ada pesakit dengan sklerosis berbilang harus dirawat dengan cara berbeza. Kami mencari kajian mengenai rawatan epilepsi sawan pada pesakit dengan sklerosis berbilang, tetapi tidak menjumpainya. Kajian yang direka dengan baik untuk menangani isu ini adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save