Laktoferin enteral untuk rawatan sepsis dan enterokolitis menekrosis dalam neonat

Soalan ulasan

Adakah penambahan laktoferrin, bersama antibiotik, berkesan dan selamat untuk bayi dengan sepsis dan enterokolitis menekrosis?

Latar belakang

Bayi yang baru lahir, terutamanya yang lahir pramasa, adalah berisiko untuk jangkitan darah (sepsis), keradangan gastrousus dan kecederaan (enterokolitis menekrosis), atau kedua-duanya. Sesetengah bayi dengan sepsis atau enterokolitis menekrosis meninggal dunia atau mengalami kerosakan otak dan paru-paru jangka panjang, walaupun dirawat dengan antibiotik. Laktoferin, sejenis bahan yang biasa terdapat dalam susu manusia, mungkin berkesan terhadap jangkitan dan kecederaan gastrousus.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kajian-kajian yang menggunakan penambahan laktoferin untuk merawat bayi dengan jangkitan atau kecederaan gastrousus.

Keputusan utama

Kami tidak menemui sebarang kajian penambahan laktoferin dengan antibiotik dalam merawat bayi dengan sepsis dan enterokolitis menekrosis. Adalah tidak mungkin laktoferin akan diguna untuk rawatan jangkitan atau keradangan usus dalam kalangan bayi pramasa kerana ia tidak didapati berkesan untuk mencegah penyakit-penyakit tersebut. Semasa jangkitan dan masalah usus, bayi tidak diberi susu. Kami tidak mengesyorkan kajian dilakukan pada masa hadapan untuk menangani isu ini.

Kualiti bukti

Bukti tidak dapat dinilai kerana tiada kajian-kajian yang layak dapat dikenal pasti.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Raymond Chieng Siang Ching (Klinik Kesihatan Nanga Wak). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi raymondchieng@gmail.com

Tools
Information
Share/Save