Vitamin D untuk menambahbaik ketumpatan tulang dalam kalangan kanak-kanak

Ringkasan ulasan Cochrane ini menunjukkan apa yang kita ketahui daripada kajian tentang kesan Vitamin D terhadap ketumpatan tulang dalam kalangan kanak-kanak. 

Ulasan menunjukkan bahawa kanak-kanak yang sihat secara amnya, suplemen vitamin D tidak meningkatkan ketumpatan tulang di pinggul, tulang belakang lumbar, lengan bawah atau di dalam badan secara keseluruhan. 

Beberapa bukti mencadangkan supplemen vitamin D mungkin boleh menambahbaik ketumpatan tulang dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai tahap vitami n D yang rendah tetapi ini adalah tidak pasti. 

Kami tidak mempunyai maklumat tepat mengenai kesan-kesan sampingan dan komplikasi tetapi maklumat sedia ada mencadangkan suplemen vitamin D ditoleransi baik.

Apakah osteoporosis dan vitamin D?

Osteoporosis adalah satu keadaan di mana tulang adalah lemah, rapuh dan mudah patah. Risiko osteoporosis dan retak (patah tulang) apabila tua atau berumur bergantung kepada beberapa banyak tulang yang dibina semasa kanak-kanak dan beberapa banyak tulang hilang apabila dewasa. Salah satu cara untuk mencegah osteoporosis dan keretakan apabila tua atau berumur adalah dengan membina tulang yang kuat ketika muda. Vitamin D memainkan peranan yang penting dalam menambahbaik penyerapan kalsium dari makanan, mengurangkan kehilangan kalsium dari badan dan mendapat kalsium yang didepositkan ke dalam tulang untuk menambahbaik kuantiti tulang yang terbentuk. Oleh itu, difikirkan jika tahap vitamin D dalam badan adalah rendah pada zaman kanak-kanak, kurang tulang akan terbentuk dan menambahbaik tahap vitamin D melalui suplemen boleh menghasilkan lebih banyak tulang terbentuk. Ketumpatan tulang adalah ukuran utama untuk kekuatan tulang dan jumlah mineral tulang yang hadir di tempat yang berbeza dengan itu digunakan untuk mengukur kesan intervensi, seperti suplemen vitamin D, untuk meningkatkan kesihatan tulang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save