Statin untuk kanak-kanak yang mempunyai kolesterol darah tinggi yang diwarisi

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti untuk keberkesanan dan keselamatan statin dalam kanak-kanak yang mempunyai kolesterol darah tinggi yang diwarisi.

Latar belakang

Familial hiperkolesterolemia adalah penyakit yang diwarisi di mana paras kolesterol darah adalah tinggi. Penyakit vaskular, iaitu `furring' saluran darah, sering berlaku pada usia lebih awal daripada biasa, khususnya dalam kalangan lelaki. Oleh itu rawatan sepanjang hayat, bermula pada zaman kanak-kanak, untuk mengurangkan kolesterol darah adalah diperlukan. Untuk kanak-kanak dengan familial hiperkolesterolemia, penjagaan pemakanan telah menjadi pilihan rawatan utama. Ubat-ubatan, seperti cholestyramine dan colestipol, telah digunakan dengan berkesan, tetapi disebabkan oleh rasa yang kurang menyenangkan, mereka tidak diterima dan pelan rawatan tidak diikuti. Kemunculan statin terapi untuk kanak-kanak telah menambahbaik rawatan dan ulasan ini mengemaskini versi yang diterbitkan sebelumnya.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 20 Febuari 2017.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini mengandungi 9 kajian dengan 1177 orang yang mempunyai familial hiperkolesterolemia heterozigot yang berumur di antara 4 dan 18 tahun. Kajian ini membandingkan rawatan statin dengan bahan yang tidak mengandungi ubat (digelar plasebo) dan peserta-peserta telah dipilih untuk satu rawatan atau yang lain secara rawak. Kajian berlangsung dari 12 minggu untuk 104 minggu.

Keputusan-keputusan utama

Secara amnya, intervensi dan tindakan susulan adalah singkat (median 24 minggu; antara enam minggu ke dua tahun). Statin mengurangkan purata lipoprotein berketumpatan rendah pada semua peringkat masa (kualiti bukti sederhana). Tahap enzim hati, serum aspartate dan alanine aminotransferase dan enzim otot, creatinine kinase, tidak berbeza antara dirawat dan kumpulan plasebo pada bila-bila masa (kualiti bukti rendah). Risiko-risiko miopati (penyakit tisu otot) dan kesan sampingan adalah sangat rendah dan sama dalam kedua-dua kumpulan (kualiti bukti rendah). Dua statin, simvastatin dan pravastatin, terbukti mempunyai kesan positif pada dua salur darah utama yang biasanya dipengaruhi oleh tahap kolesterol yang dibangkitkan (kualiti bukti rendah).

Kualiti bukti

'Blinding' (prestasi berat sebelah dan pengesanan berat sebelah) ini tidak muncul dalam sebarang kajian. Dalam dua kajian maklumat tentang cara para peserta telah diagihkan kepada kumpulan rawatan (pemilihan berat sebelah) dengan jelas disampaikan, tetapi maklumat ini adalah tidak dinyatakan dengan jelas dalam tujuh kajian baki. Terdapat kekurangan maklumat sama ada penyiasat tahu rawatan kumpulan yang manakah peserta akan dimasukkan (pemilihan berat sebelah) dan atau sama ada laporan terpilih (laporan berat sebelah) berlaku, tetapi ia adalah berkemungkinan rendah. Kesimpulannya, ia boleh menyatakan semua kajian muncul dijalankan dengan baik dan penyelidik tidak memikirkan sebarang faktoryang disebutkan di atas dalam mempengaruhi keputusan dengan cara yang negatif. Kualiti bukti yang berbeza-beza dari sederhana (perubahan dalam kolesterol serum lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan kesan buruk) ke rendah (perubahan dalam ketebalan dinding (karotid intima-media) salur darah, mengubah langkah-langkah jika pertumbuhan dan kematangan, hati disfungsi, miopati dan perubahan dalam dinding salut darah (endothelial) fungsi).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save